Apa Khabar semua?  

Posted by: Po'bear

assalamualaikum

apa khabar sumer teman2 class of 2009...
lama x berjumpa kalian semua...
ramai gak bdk2 batch kita yg dah mendirikan rumah tangga....semoga berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah..
mohon maap sbb aku x dpt menghadiri majlis korang..semuanya atas keterbatasan waktu..

korang tgh posting apa sekarang ni?
xlarat nk tnya sorang2 kat facebook...so kalo sesiapa yg masih bukak lagi blog nih bley lah bg respons...
aku tgh wat anaesth...last posting will be medical....
korang dah decide nk jadik m.o apa lom..kalo x keberatan komenlah kat blog ni...kita idupkan balik blog ni...mcm dh berkurun je x update blog nih...

apa pon selamat menjalankan tugas my fren........

Pak Usop Keluar Paper  

Posted by: Pak Engku

gambar di atas merupakan petikan dari Berita Harian 17 Sept 2010.
Tahniah Pak Usop! memang macam consultant la....
Nampak ketua polis tu gelak sebab pak usop lucu....

A great novel by pak usop  

Posted by: Pak Engku

its been 1 year already leaving medical school... just want to share with some of u who haven't read a cintan novel by our beloved pak usop. Enjoy reading.

When Heart Speaks

Amar membuka matanya, berpinar2 padanganya... d lihat nya sekeliling dgn penuh rasa tandatanya dan kehairanan... otak bingung berfikir bagaimana dia boleh berada di situ. Seorng lelaki pertengahan umur menyapa namanya tiba2. Dia tersentak. Dr Osama tertera namanya pada kad identiti d bajunya. Seorang jururawat muda yg berdiri di sebelah doktor itu tersenyum d kala matanya mengalih ke mata jururawat itu. “ah, aku d hospital!”fikirnya.

Dikala dirinya dilanda seribu pertanyaan sempat lagi Amar melempar senyuman kepada mereka berdua. Belum sempat dia membuka mulut berbicara, dr Osama berkata, “alhamdullah U sudah sedar. jangan bimbang pasal keadaan u, just rehat dan kita akan berbicara kemudian”. Amar mengangguk tanda setuju, dia sedar bahawa dia tidak begitu upaya untuk byk bertanya, badanya masih lemah. Dilihatnya sekeliling peha kirinya lebam2, dan kaki dibalut dengan semen. “patah barangkali” fikirnya. Dia cuba mengangkat kepala, namun x berdaya. Kepalanya mula pening2 dan berdenyut.

Dikala itu pintu bilik hosp. di buka seseorang. Seorang perempuan 40’a meluru masuk meluru ke arah katilnya dan mengusap kepalanya yg masih berbalut rapi itu. Matanya bengkak kemerahan dan tiba deras air mengalir dari kelopak matanya. Mulanya dia membisu, sekian seketika, dia mula bersuara sambil tersedu2.

“alhamdullah. akak gembira amar akhirnya sudah sedar, akak mmg takut kalau2..”. Kata2nya terhenti. Walau wajahnya terpendam seribu perasaan.... gembira, sedih, bimbang dan segalanya namun matanya terpancar seribu kesyukuran melihatkan adik kandungnya sedar kembali selepas 3 hari koma d hosp. amar mengerutkan dahinya, dia kembali keliru. D cuba mengingatkan siapa kah yg sedang bercakap dengan dia ketika itu. Bersungguh2 amar cuba mengingati, namun gambaran fikirannya kurang jelas. Ingatanya sudah kabur. Mahu juga dia bersuara namun x tahu apa yg mahu di bicarakan. Amar hanya mengukir senyum tanpa berkata apa2.

“mak tak dapat datang, dia x sihat... dia datang jaga amar 2 hari lepas, lepas tu dia terpaksa balik kg sebab badanya panas dan lemah2”, kata kakaknya bersungguh2. “yg lain juga dah balik, jadi tinggal akak seorang saja jaga amar, nanti akak bg tahu yg lain yg amar dah sedar” tambahnya lagi. Selepas d amati, barulah dia cam akan kakaknya itu. Kakak yg pernah mngajar dan mbantunya mengulangkaji pelajaran. Kakak yg menolong masak makanan untuknya d kala emaknya keluar menjual kueh.
“terima kasih kak”, balas amar spontan.

***************

Petang itu amar bersendirian d kamar hospital. Dikala matanya memandang keluar tingkap memandang langit biru... lamunan tersentak pabila pintu biliknya d ketuk. Dilihatnya 6 orng doktor muda, 2 lelaki dan 4 perempuan melangkah masuk ke dlm biliknya. Sambil tersenyum doktor2 itu menyapa amar dan berdiri mengelilingi katilnya. Amar membalas dgn senyuman. Mereka bertanya kabarnya dan berbual2 seolah2 mereka sudah lama mengenali amar.

“terima kasih kerana mengambil berat tuan doktor”, ujar amar tiba2. “Kau ni, sakit pun nak buat lawak, tahu la kita bakal jadi doktor, tapi tak payah la panggil kitaorang doktor” kata salah seorang dari mereka sambil tersengih. Amar bertambah keliru, “siapa doktor? Siapa yang bakal doktor nih?” tanyanya jujur. Mukanya berkerut seribu, fikiranya celaru seketika, lalu dia bertanya untuk kepastian “maaf semua, saya kenalkah doktor semua?”. Semuanya tercengang, diam seribu bahasa. Tiba2 seorang dr mereka yg bermuka cerah tinggi lampai bertudung merah jambu bertnya “x kenalkah kau dgn kitaorng nih?” “kitakan satu kump dlm post O&G” tny yg lain lagi. Amar menggelengkan kepalanya. Mereka semua seolah orng asing baginya. Dia cuba mengingati, namun gagal. Mereka kelihatan hampa. Selepas bersalam2an, mereka keluar dari bilik itu, dengan penuh tanda-tnya.

********************

“masalah kaki patah awak nih, nampaknya akan baik dalam masa 6 minggu. selepas 2 hari awak sedar, saya rasa awak ada masalah momory loss... selepas awak kemalangan hari tu, otak awak mengalami gegaran dan bengkak, sebab itu dia jadi macam ni“Terang dr Osama kpd amar dan kakaknya. Amar dan kakaknya terkejut. “sampai bila adik saya akan mcm ni doktor?” tnya kakak amar spontan. “ ingatan mungkin akan pulih dlm masa 2 jam lagi atau pun 2 hari ataupun 2 tahun atau 20 tahun atau x pulih langsung... itu bergantung pada keadaan”, terang dr Osama lagi.

Selepas dr Osama meninggalkan mereka, pintu bilik d ketuk dan lebih kurang 15 orng lelaki dan perempuan, semuanya memakai kot doktor, melangkah masuk dah berhimpit dalam bilik itu. Amar mengukir senyuman kepada mereka. Kakaknya melangkah kelur dari bilik itu meninggalkan amar dan pelawat2nya itu. Suasana dalam bilik itu diam seketika. Tiba2 seorang dari mereka berkata “saya nih zul, housemate awak... ini mungkin agak pelik tapi kami sebenarnya adalah kawan awak dulu... kawan baik sangat. tak mengapa lah kalau awak x ingt, tapi kami nak awak tahu yg kita pernah berkawan dan harapkan awak cepat sembuh dah kembali join kami...” katanya perlahan. “terima kasih” balas amar sambil memegang tangan zul.

*****************

Sudah 1 bulan amar di hospital. Dia sudah boleh berjalan dgn topang, namun masalah ingatanya masih tiada pkembangn. “saya rasa awak bolehlah balik rumah besok, dan follow-up bolehlah dekat hosp. Kangar sana sbb dekat dng kg awak, awak apa2 awak buleh rujuk doktor sana” jelas dr Osama pada suatu pagi. Kakaknya hanya mengangguk. “Bagaimana dgn urusan berhenti universiti?” tanya amar kepada kakaknya selepas dr Osama keluar. “Semuanya sudah settle, kakak sudah terima Surat pengesahan berhenti dari dekan fakulti, dia pun bersetuju pasal pemberhentian ni, tapi... betulkah amar betul2 nak berhanti belajar?”. Amar diam seketika. Dia kemudiannya bersuara “susah saya nak blajar balik sbb semua yg saya belajar sudah hilang kak, kawan2 saya pun saya x kenal...langsung x kenal... diri saya sendiri pun saya x ingt..... Lebih baik saya berhenti sekarang, I’m not belong to this place, I want to be at home”, airmatanya jatuh menitis membasahi pipinya.

***************

Petang itu seorang kawanya, hamdan, datang dengan sebuah kotak yg penuh buku2 didalamnya. “ni buku2 kau yg masih tertinggal dalam loker kat asrama... barang2 lain semua abg kau dah ambil dah” kata hamdan. “terima kasih la hamdah, sorry menyusahkan kau pulak” balas hamdan. “Alah dulu aku byk menysahkan kau, sekarng ni la masanya kau menyusahkan aku pulak hehe” jawab hamdan. “tentu byk kenangan aku bersama kwn2 dulu... kalaulah aku buleh ingt kembali...” fikir amar sendirian selepas hamdah keluar. Satu persatu amar amati buku2 dalam kotak itu. Tiba2 hatinya tertarik sebuah buku diari berkulit keras warna hitam. Dia membuka mukasurat pertama, hatinya tersentak dah bergetar. Jantungnya berdegup kuat. Satu persatu mukasurat buku d baca, dng penuh konsentrasi dan bersungguh2... fikiranya bercelaru, penuh tanda tanya, dan jantungnya berdegup makin pantas.

***************

“selamat petang, awak nak jumpa sayakah?” sapa seorang gadis ketika melangkah ke dalam bilik itu. Wajah nya bujur sireh, berlesung pipit, wajahnya sedikit tembam... tingginya lebih kurang 6m, berbaju kurung dan bertudung oren dan bersarong kain batik jawa, sedondong sekali. Matanya yg bulat tepat memandng amar. Di kepitnya buku dan kot doktornya di tangannya dah sebelah lagi memegang stetescope. “awakkah Sarah? maaf ganggu awak, kalau awak tak kisah, saya nak jumpa awak sekejap...” tanya amar. “ya saya Sarah... tak ganggu pun, saya pun dah x ada class dah lepas nih” katanya sambil duduk d kerusi bersebelahan katil amar sambil tersenyum. “bolehkkah kata berborak kat beranda luar kejap, sbb saya nak tanya something?” tanya amar lagi. Sarah hanya bersetuju tanpa banyak soal walaupun dia sendiri agak kehairanan.

Petang itu agak redup... angin sepoi2 dan keadaan agak tenang sekali. Mereka berdua duduk d atas kerusi panjang yg d letak d hujung wad mengadap taman bunga dan padang.

“awak rasa, kenapa saya nak jumpa awak?”
“X tahu”
“Sbb ni”, sambil mengeluarkan buku diari hitam yg dibacanya semalaman.
“ini? Ini bukan buku saya” balas Sarah bertambah hairan.
“Ya saya tahu sbb ni “pernah” jadi buku saya. Saya rasa saya patut kongsi isi buku ini dgn awak... awak just dgr saja, biar saya ceritakan kandungannya...

***************************************

Today is 1st of March 02, I must write this, because I’m afraid of losing this feeling. Feeling since 2 years ago but I never do something about it... Probably by writing this, this moment, the feeling will last forever. I see her today, so much of her... she greet me this morning... huhu i smiled all the day... cant close my mouth.

26 March 02, I saw her wearing pink baju kurung with tudung... such adorable. Whatever she wears, it just fit for her... just nice, really made for her.

05 June 02, I see she is so happy today. Don’t know why, but I’m happy too. I wish this moment will stop and let us be happy forever =)

27 August02, when I am in cafeteria, I see her with few of her friends, I’m by myself. She smlies and asks me to join with them having launch. I’m speechless... so lucky of me. My appetite suddently gone, but who cares, huhu. My appetite comes back 2 days later...

31 August 02, today is holiday, I’m walking in a supermarket... then suprisingly I see her, wearing embroidered blouse with long flowing gauze skirt, so cute, just like always. I’m stunned when all of sudden she raises her hand to me. My body is suddenly frozen like stone.... but I manage to smile back to her. I won’t forget this moment forever... ever.

23Nov02, I rush to class today, and I’m waiting for damn slow lift. The lift door then suddenly opens, she stands infront of me... her eyes look into my eyes. Time as if has stopped, I feel so empty, nothing inside. She steps aside and leaves me floating in the sky... huhu, I’m so blissful. I can’t sleep well that night and next following 2 days, but it worth!!!

***************
***************

Today is 09 March 2004. Today is her birthday. It has been 4 years I have got this feeling to her. This feeling started the first time I saw her step into to our first class session in first year of medical school. It never changed till today, my feeling is still same... the way I like her at the first sight, and I think it won’t changed forever. I hope so. I want to wish her birthday and give a special gift if possible, but I’m stupid enough to approach and talk to her... just like always. I’m so dumb.

26 May 04. Today I have to do something about this feeling. I think I have to tell her about this, no matter what it takes, what would happen... but how??? I’m so hopeless. I must think quickly otherwise I’m going to loss her forever...

****************

01June05. Today I’m confident. I’m never as confident as today. I wrote a piece of paper... “Sarah, I like u so much – from amar”, I wish to give it to her, no matter what it takes. But I have lost it, arg... I just have no chance (what an excuse!!!)

02June05. Mazni appears infront of me this morning, with a piece of paper in her hand... that “lost paper”. My hand suddenly cold, my heart bounds hardly. Mazni look into my eyes and asks whether this is true, I slowly nod my head. I must say she’s one good friend of Sarah; she is nice and understanding friend as well. I don’t know this thing is good or not, but it really agitates me. She then brings to me to the cafĂ© and we have chat there, chat that brokes my heart terrribly. I quote the first thing she tells me in the cafeteria.

“u know that sarah already has boyfriend, why u did all this???”Said Mazni loud. My heart stops beating for awhile. I’m shocked!!! I never expect this because I never see her goes around with someone special in her heart. Never! I’m frozen still. “u must not do this to her” added Mazni again.

“I’m sorry, I’m never expecting this, I never know she already has someone... just don’t know.” My voice comes out after all. “I thought u want to break their relationship, I’m sorry... but do you really like her?” asked Mazni softer. I paused awhile and continue, “I want you to know that I never have any bad intention to Sarah, what so ever. Second one is whether I liker her or not, it ain’t important, what important is I will never do this again, ever... to her, so u should not worry about this after this”. I have difficult time to smile, to talk, to pretent as if nothing happen. i cannot stand this, my heart is shouting loud... I stand up immediately and turn to leave. Before I walk away, I warn Mazni not to tell this to anyone, even to her self. She nodds in frightens. Let she deserve that because telling me this bad thing.

5th june2005. I still cannot sleep well for past 3 days... I’ve lost appetite... this becoz the “lost paper” incident. Hopefully I can overcome this soon...

******************

23august 2005. It has been months, I still cannot forget her... don’t know why my heart still denies the fact that she has already belong to someone. I’ve told my heart thousand times to ignore her... it seems to refuse. But I can’t blame it anyway... we can’t really choose who we’r going to love, adore, hate or dislike... and we can’t be sure people like or dislike us as well, we just can try... we also cannot choose to be happy, sad, frustrated, angry...

I’m triying very hard to persuade myself to pull this feeling out of my heart, feeling that make me frustrated, dissapointed, hopeless... but I failed still.

Nevertheless I feel a huge relief, if she turned to me... I’ll be insane indeed, becoz I’ll be the happiest mankind that ever walk on earth... that I never experience the feeling for my entire life and certainly I’ll never be able cope such feeling.... the tremendous happiness, terrific pleasure,...and I’ll just turn craze. I better live with this untold secrecy, and let my soul perished with my body... silently.

***********
***********

25 December 2006; today is really bad day... really bad. I never had this feeling before... I’m full-blown of frustration. Today is Christmas holiday... I went to bukit bintang. I’m about to board in the monoreal, suddenly my eye caught her, standing, facing away from me... but I’m surely that is her. What surprises me is her hand hold someone hand, a not so good looking guy, about her age, wearing glass, not as tall as me, sparse hair, with full ache on his face... but he’s holding her hand!!! Both of them seems happy and so close... my heart burst of tears, and cried out loud... luckily she didn’t notice my presence. I left both loving couple in the monoreal... with feeling of heartbreaking overwhelmed me.

I repeatedly tell myself that she already out of my grasp...or accurately never within my grasp. I do not lose her because I never own her... it just my stupid heart, love someone unreasonably... let it deserve this pain, pain of frustration.

******************

23February2007. it has been few months after the “monoreal incident”. My heart still can’t recover. Feeling of frustration, denial, want-to-love, hate, dissapointed come on and off, sometimes come all together... I think I cannot let this thing continue, I must tell her... MUST. We’ll be apart after finish undergraduate in 8 months time. But how possible to do this??? I’m so powerless.

01March2007. Today is very hot day... I’m so stressfull because of the coming exam, but thinking of her is more stressful. So, no matter what, I’ll do something about this. I’ll write a letter to her... I’ll pour my entire feeling into a piece of paper and give it to her... I have to, now.

*********************


Amar menutup buku diary itu. Di lihatnya sarah, yang tunduk layu, tidak bekata mahupun bersuara. Di lihatnya mata sarah berkaca... suasana diam seketika, hanya desiran angin petang dan suara kanak2 bermain kejauhan kedengaran. Matahari sudah pun mendekati ufuk senja.

Amar mengeluarkan sehelai kertas... “Inilah kertas luahan isi hati itu... mungkin “dia” tidak sempat serahkan pada awak sbb kemalngan tempohari... kemalangan yg menyababkan saya lupa siapa amar. saya tidak membacanya kerana ianya bukan untuk saya, isinya pun saya tidak tahu, sebab ingatan saya langsung tak pulih. Saya rasa baik saya bagi kat awak sekarang sebab pagi esok saya balik kg, saya sudah tak tinggal disini mahupun belajar sini lagi. Saya takut kalau tak sempat bg surat ini dekat awak”.

Sarah mengangkat kepala dan mengmbil surat itu lalu menyimpanya dalam lipatan buku yg d ribanya. Matanya nampak kemerahan, pipinya kelihatan basah...

“Mengapa awak bg tahu saya semua ini? Apa tujuan awak sebenarnya?” tanya sarah perlahan.

“d muka akhir diari ini, dia ada menulis sesuatu sebelum dia “pergi”...” jawab amar lagi.

“Saya bacakan...
if in this life, I’m given a wish that will become true, I’m not going to request for something for my own comfort, money, car, success in exam, wisedom, or even to be loved by her... but I’ll ask a chance, a chance tell what my heart feel about her, just a chance...
saya harap awak faham kenapa saya bg tahu awak semua ni”, jelas amar.

“ya saya faham... terima kasih kerana bg tahu saya semua ni... saya tak salahkan awak” jawab sarah lagi.

Sejurus kemudia seorang jururawat muncul dan mengarahkan amar balik ke katil sebab waktu sudah agak senja. Amar mengangguk setuju.

“saya rasa saya dah bg tahu apa yg sepatutnya saya ceritakan dekat awak... terima kasih sebab sudi datang. Diary ini bukan saya punya, saya rasa ia milik kawan awak, amar yg awak kenal dulu... saya serahkan pada awak saja lah”, kata amar sambil berdiri mahu pulang ke katil. Sarah mengangkat tanganya dan menggengam lemah buku itu... amar pun berjalan pergi meninggalkan sarah sendirian, kaku melayan peraannya di atas bangku itu, kelihatan dia masih enggan untuk berangkat pulang. D lemparkan pandangannya jauh2 ke langit senja...

****************************

Jam menunjukkan 01.00 mlm. Semua housematenya sudah tidur. Malam itu sangat sunyi... hanya bunyi deruan angin malam dan cengkerik kedengarah. Sarah perlahan lahan membuka loker... d ambil surat yg diterimanya petang tadi. Hatinya berdebar... perlahan2 d buka lipatan kertas itu.

“A letter to a girl,
a girl who has taken my heart away 4 years ago, but never realize... never turn to me and give my heart back... leaving this body soulless. sorry if this letter disturbs you, but I hope u understand that I’ll be more disturbed than anyone on earth if I do not write and pass this letter to you... I won’t mind if you don’t take this letter seriously, but at least please do read this because... I just don’t know why.

It starts when we had first class in our first year... that time I 1st saw u, wearing baju kurung dan bertudung hijau muda, just so charming of you... I’m waering green shirt too that day. Don’t know why, I’m just so happy that day. The subsequent days I just eyed on you what you where, your smiles, your step... everything become interest of me (sorry for that matter, I don’t really mean to make u upset because of this, but this is really not me, I just turn like this becoz of you, that all). Then this thing becomes my obsession... without realizing this is called LOVE.

Yes, I’m falling in love with you, since the first time I saw you, till this moment. It never changed, never increase or decrease, no matter what had happened in these 4 years. It may be so strange for you, I feel the same too. Its actually weirder for me who has never had such feeling of love and being loved... never had since I was born.

I again want to apologize for my stupidity and if this letter make you discomfort, but I know u are understanding, open-minded girl.... and I won’t mind if you ignore it and thrown this letter away... i don’t aspect you will turn to me or even sympatize with me, just know what I’ve been this feeling to you for quite sometime, that all.

I also hope our friendship won’t be affected because of this. I’ll really appreciate you won’t tell anyone about this.”

Your Sincerely ;

Amar, a friend of your.”


Sarah gengam surat itu erat... fikirannya kosong. Dipandangnya langit yg cerah disinari cahaya bintang berkedipan dan bulan. Walaupun sudah jauh larut malam, matanya masih belum mengantuk... d layan perasaannya dalam2 berseorangan.

********************

“selamat pagi staffnurse, boleh saya tahu mana pesakit bernama amar?” tanya sarah keesokan pagi kepada seorang jururawat. Amar sudah tiada d wad, kelihatan katilnya tersusun rapi, barang2nya pun tiada lagi. “dia sudah pulang awal2 pagi tadi...” jawab jururawat ringkas.

Sarah mulai panik, jantungnya berdegup kencang... “dia ada tinggalkan surat kepada cik sarah, nah ini surat dia.” Sarah pantas mengambil surat itu, lalu d baca segera.

“kepada sarah,
Saya menulis surat ini kalau2 awak datang cari saya... maaf pasal semalam... apa yang berlaku awak dan “dia” ada lah bukan urusan saya. Jgn cari saya sbb saya bukan lah amar yg awak kenal dulu... dia sudah tiada, dan saya tak mahu kenangan pahit pasal perasaan saya dulu terhadap awak kembali, nasib baik juga saya mengalami hilang ingatan, huhu. OK, harap tidak berjumpa lagi.

Yg benar;
Am.”


Surat itu benar menggugurkan jantung Sarah... mahu saja d lepaskan airmatanya. Hatinya memberontak kecelaruan, celaru d landa kesedihan dan kekesalan. Di tangannya ada sekeping surat yg kemas berlipat, surat yg d titipnya malam tadi, surat suara hatinya...

“Amar, why do you this to me, you express your feeling this way, it just soo late... and you leave me high and dry. If u tell me this a bit ealier... if. Don’t you know that u are the first guy that caught my sight and stays in my heart... till now. Do you know I like u earlier than the 1st time you see me... you never know that 1st time I saw you was for faculty registration, much earlier before you notice my presence... wearing blue tie, white long sleeve shirt... you look so nervous that time because you had lost your application letter for registration, everybody looked at you... me too. You probably did not notice about pen that you had borrowed it to me that day, so kind of you. But I haven’t returned it to you, because I just love it, and I keep it till today...

I clearly remember, every single moment that you put in your diary... the moment I meet you on cafetaria and we have good lunch together, moment at the supermarket, the moment where we meet in front of lift... I also remember the moment where you see me and that boy in monoreal... actually I already see you before you boarded in the monoreal that day, that why i just turn my head away, hoping you'll not notice me... But my stupidity is too big to be hidden from you. You know that I'm more stressful than you because of that incident... so sorry for that. Boyfriend is just my impulsitivity, I not really serious about him, I’m just afraid of being alone. I’m sorry... I’m sooo sorry...

Please give me a chance, 1st and last chance to tell you, that i like you so much, much more than you like me, more than i love myself...”

















Nukilan pak usop
(nota: pak usop, seorang anak kelahiran
kelantan kini bertugas sebagai perawat pelatih yang
sedang menimba pengalaman di sebuah hospital
negeri penyu menangis. beliau mendapat pendidikan
awal di SK meranti & sekolah arabiah pasir mas.
menyambung pendidikan di Maahad Muhammadi KB
dan kolej matrikulasi kedah. beliau mendapat segulung
ijazah dalam bidang perubatan dari UiTM)

Budak UiTM masuk paper  

Posted by: Pak Engku

Ahad lepas mase tgh rehat bace paper tetibe prasan la plk ada artikel pasal penubuhan fakulti perubatan UiTM. pastu tengok ada gambar bebudak kite mase 1st year kat shah alam. memang klasik giler gambar ni... sesape nak baca sile la tgk paper mingguan malaysia @ kosmo 27/9/09. ni aku letak sikit petikan dari ape yang ada




dari kiri: KD, saleha, zu, ?, aje dengan orang yg gagal dikenal pasti

Terpanggil untuk bercerita...  

Posted by: Nanadiah Ros

Assalammualaikum... Aku sebnarnya nak habiskan cuti raya ni dgn tido tp bila aku bukak blog ni ada cerita dari po'bear lak. So, aku pun nak citer gakla... Aku tgh posting ortho. Not a good posting to start. Everybody said that and I agreed. It's quiet relax and aku takut bila masuk medicine aku tak biasa lak. Yela, kat ortho by 4pm usually dah habis keje tp kat medicine habis lewat. But, it's ok. That's the future challenge. Tapi yg aku bengang tu asyik kena buli jer... Bukan semua org la ada certain senior jer tak berlaku adil. Yang aku paling bengang tu bila oncall dgn senior yg membuli. Actually more like berkira la. Aku still ingat pesan lecturer kita dulu yg bila bekerja jgn berkira. So, since aku tagging lagi aku tak penah berkira tapi disebabkan aku tak penah berkirala, org amik kesempatan. Aku bengang giler. Kalo kite dah tunjukkan yg kita tak berkira, nanti keje diorang pun diorg suoh kdg2. SN pun amik kesempatan. Ada sorg SN penah bgtau aku, yg diorg akan carik Dr yg paling senang berunding. Kdg2 ada 2-3 HO kat wad masa tu, diorg still carik aku. Ada sekali, penah kitorg ramai2 dlm 4-5 org berkumpul tunggu MO untuk wat round petang, dlm byk2 HO, SN leh cari aku untuk report K+ low. Adeh... Klu dah noted by aku takkan aku nak diam laks. Diorang akan tulis dlm case sheet yg aku dah noted. Tu yg leceh tu. Tp klu bende kecik2 tu takpela. Bende2 yg boleh resolved. Klu bende2 yg leceh dan susah nak decide tu yg aku nyampah tu. Aku leh tanya kawan2 aku klu bende2 yg leceh2 ni tapi diorg takde pressure sgt sebab bukan diorg yg dibagitau. Tapi posting ortho kat sini okla. Initially mmg aku bengang dan tak tahan tapi as time goes by aku adapt sket2 la. Specialist kat ctu pun ckp aku dah ada perubahan klu banding masa mula2 aku masuk dulu... nak tau apa perubahan nyer? Dia ckp aku dah pandai gelakkan org... Haha. Hampeh tol. Aku ingat perubahan apa. Tapi specialist tu mmg ... ntahla aku nak describe dia mcm mana pun tak tau.

Tapi ada bende yg tak best keje kat sini... Org knal aku.. tu yg leceh tu. Ari tu second cousin aku masuk spital, dislocation of hip. Aku melawat dia jer la tp lepas tu leh lak cousin aku(mak dia) ikut aku jumpa patient. Dia siap tanya lagi patient tu ada apa. tu yg leceh tu. Takkan aku nak bgtau plak. And then, datuk kawan rapat masa sekolah aku lak masuk hosp, compression # spine. tu takpela. The worst thing is one of my specialist is my brother's friend. Peh... mampus aku. Much much much worst is cousin aku keje SN kat wad aku skrg. Adeh... Nyesal gak la aku pilih hosp melaka. Tapi setiap bende ada kebaikkan dan keburukkan.

Kat sini, aku dpt balik tiap2 hari masa bulan puasa untuk temankan mak aku berbuka kecuali oncall la.

Klu kat OT tu tak teruk sgt la. Tgk MO la. Actually MO kat sini ok. It's just sometimes jer aku rasa diorg over2 lak. Ala... masing2 ada ego. Mungkin kita baru start keje takde ego tp diorg dah lama keje mestila ada ego. So, kdg2 tu diorg tak nampak sgt kesilapan diorg. Aku dah assist kat OT. Alhamdullilah stakat ni ok la. Nak kata teruk sgt takla, nak kata perfect mmg tak pun. But, overall ok. Tp aku tetap tak ske ortho. hahaha. Aku ada lagi nak citer tp cukupla... boring org yg baca kang. Anyway, gud laq my friends. May we meet again in the future. :D

APA CITER  

Posted by: Po'bear

salam..hello kawan2..apa citer korng ni...sumer menyepikan diri..blog x update pon.aku nak gak tau kesah hidup korang semua..

oklah aku mulakan dulu bercerita...

aku kat HSI ni tgh posting O&G yg sgt menguji keimanan, keetabahan fizikal dan mental.walaupon posting o&g ni ada 15 houseman (houseman paling ramai dkt HSI),tp workload sgt tinggi..kena marah n dimaki hamun dah menjadi lumrah..aku pernah di halau keluar dari O.T..pasal masa tagging dulu x berkesempatan naik OT,pastu bila nk assist x tau apa..alhamdulillah skrg ni dh bnyk assist.nk wat caesar x konfident lagi..hopefully ada MO yg nk bagi peluang...

kerja kat HSI ni syok sebenarnya, tp maklumlah hospital berkomputer..bila DOWNTIME, sumer jd huru hara...bulan ni aku dah kena dok luar..nasib baik ikin ngan abi ada bgtau yg houseman posting diorang tgh carik rummate,so aku pon join.mybe nk pindah time merdeka.

ikin ngan abi nmpk mcm relax sket.diorang posting surgeri..nuai ngan faizan agak busy gak.faizan kat NICU,aku x abes2 antar baby kat NICU.grunting lah,low A.S lah, IDM lah.kesian kat faizan.j-me sama posting ngan aku...sgt rajin..org rajin mcm dia pon slalu kena marah..kesian gak kat dia..

hahaha..aku lupa nk bgtau..aku baru dpt gaji..x tau nk wat pe?bg idea sket...

Apakah Yang Berlaku???  

Posted by: awie ahmad

Salam kepada semua kawan2 yang berada jauh dimata dan jauh di hati,

Apakah khabar kalian semua??? cerita la pengalaman anda semua di tempat kerja masing2. Aku dengar ada yang relax giler. Ada pulak yang busy mcm nak mati.. hrmm..ape2 pun gudluck!!

Selamat Berkerja Teman-Temanku!  

Posted by: Pak Engku

Penempatan 2nd batch UiTM

Perlis

Hospital Kangar:

  1. E-Naim
  2. Alin
  3. Syitah
  4. Mariani
  5. Che'Ah

Kedah


Hospital Alor Setar
  1. Nous
  2. Faiz Nordin
Hospital Sg Petani
  1. Anisa
  2. Faiz Zul
  3. Raihan
Hospital Kulim
  1. Pi'e
  2. Zu
  3. Nini
  4. Kak Mah

Pulau Pinang


Hospital Pulau Pinang
  1. Afif

Perak

Hospital Teluk Intan
  1. Syazana
  2. Ayuni

Selangor & Kuala Lumpur


Hospital Kajang
  1. Atul
Hospital Klang
  1. Saleha
  2. Izzad
  3. Hasler
  4. Awi

Kelantan

Hospital Kota Bharu
  1. Muiz
  2. Shima
  3. Mas

Terengganu


Hospital Kuala Terengganu
  1. Nani
  2. Bik Cha
  3. Zairu
  4. Usop

Pahang


Hospital Kuantan
  1. Ruhaida
  2. Adani
  3. Akma
Hospital Temerloh
  1. Amir
  2. Donna

Negeri Sembilan

Hospital Seremban
  1. Dayah
Hospital Kuala Pilah
  1. Aq
  2. Aida

Melaka

Hospital Melaka
  1. Nana
  2. Ain
  3. Arifah

Johor

Hospital Sultal Ismail JB
  1. Nuai
  2. Faizan
  3. Pokber
  4. Abi
  5. Ikin
  6. Jme
Hospital Muar
  1. Feazlin

Sarawak

Hospital Kuching
  1. Lydia

Sabah

Hospital Kota Kinabalu
  1. Kak Ann
Hospital Sandakan
  1. Iki
  2. Hisham

Angkatan Tentera Malaysia
  1. Saufi
  2. Ainul
  3. Dini
Nota: Ada nama rakan-rakan yang tidak tersenarai namanya kerana tidak diketahui statusnya & harap maaf. Senarai ini tidak muktamad dan tertakluk kepada angin perubahan KKM bagi senarai rayuan. Mana-mana rakan yang tidak tercatat namanya @ ditukarkan penempatan sila maklumkan dengan segera

Sentimental: Sedih la jugak!  

Posted by: awie ahmad

Semalam, aku dapat tau.. Ade la beberapa kawan2 kita yg dah gi induksi. Maksudnya, tak induksi sekali la.. Haih! Sedih wooo.. Mesti pas ni susah nak jumpa dah..pa lagi kalo dah start keje nanti. Memang bakal merindui semua kengkawan yg best gilerrr

Pas tu, semalam aku try la kemas2 buku2 aku.. Trus rasa sedih tgk buku2 yg aku pernah baca dulu.. Hrrrrmm...

Anyways.. GOOD LUCK GUYS!!!

Malam Kesenian Fakulti Perubatan 2009  

Posted by: r_feev


Malam Kesenian Fakulti Perubatan 2009 menjadi kenyataan semalam (23 Mei 2009). Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan sukarelawan dan tidak lupa teman-teman yang sudi menyumbangkan wang (baca: akan dibayar balik - sedang diusahakan), kerana tanpa anda semua tidak mungkin program ini akan berjaya. Buat JK, usaha dan tungkus-lumus kalian semua tidak mungkin saya balas. Saya doakan agar Tuhan memudahkan segala apa yang sulit buat kalian semua di masa depan dan sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya. Buat teman-teman yang 'meminjamkan' wang untuk program ini, insyallah seawal-awalnya Selasa atau Rabu wang itu akan dapat dipulangkan - sama-samalah kita berdoa. Hakikatnya saya terharu kerana teman-teman yang saya faham (sesetengahnya) berada dalam keadaan kekontangan dana, masih sanggup berkorban dan menyumbang kepada usaha ini. Saya akui saya sendiri berasa malu dan hina kerana terpaksa mengambil langkah ini, namun kerana keadaan memaksa dan demi menjaga air muka Fakulti yang kita cintai, saya dan JK mengambil keputusan untuk 'mengemis' kepada rakan-rakan. Maafkan kami.

Saya dan JK berharap teman-teman semua terhibur pada malam tadi dan sekali lagi setinggi penghargaan saya kepada seluruh JK Program yang telah bertungkus lumus tanpa berkira mahupun mengungkit. Simpanlah kenangan ini sebagai satu pengalaman yang berharga dan bermakna kepada kita semua. 

"Saat dugaan dan cabaran itu tiba, baru kita kenal siapa dia yang akan berjerit payah bersama diri kita, dan siapa pula yang akan menomah dan menyisih meninggalkan kita terkapai dilanda badai"

Terima Kasih dan sepuluh jari saya susun memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki... 


NFC & UiTM Masuk Kampung  

Posted by: Pak Engku

Sori la guys, aku terjumpe menda ni dalam majalah NFC Jan 2008 baru ni kat Spital Sg Buloh. so aku nak share dgn korang la... Klik pada gambar untuk besorkan...

Horrayyy!!!

terkebil-kebil akma, mata masuk tepung kot...

yuni dgn tarian poco-poco

raihan in the picture

Seloka Untuk Afif  

Posted by: Pak Engku

klik pada gambar untuk besarkan

Rupenye ini keje afif... hehe, jangan marah...

Rombongan Kenduri Kahwin  

Posted by: Pak Engku

Bersempena dengan majlis perkahwinan 4 teman seperjuangan dalam pengajian kami, 1 gerakan telah di atur untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan teman-teman.

Senarai Ahli Rombongan dari Selayang

  1. Nuai (Ketua Rombongan)
  2. Encik Abd Jalil
  3. Yuni
  4. Faizan
  5. Naim
  6. Azam
  7. Annie
  8. Alin
  9. Izzad
  10. Abby
  11. Nana
  12. Che' Ah
  13. Atul
  14. Ridz
  15. Saleha
  16. Arifah
  17. Zairu
  18. Hisham
  19. Awi 'Sleeping Beauty'
  20. Iki
  21. Hasler
  22. Po' Bear
  23. Usop
  24. Wizni
  25. Syazana
  26. Syukri
  27. Ruhaida
  28. Miya
  29. Dinie
  30. Akma
  31. Nani
*Afif, Mar & Nasrun menyertai rombongan ini di Kulim. Amir pula tidak dapat menyertai kerana terlepas bas dari rumahnya.

Kami semua yang menaiki 9 buah kereta memulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh Cik Usop pada 7.40 am walaupun sedikit terlewat dari rancangan asal. Lebih kurang 2 jam kemudian kami berhenti rehat sebentar di Tapah. Keadaan agak sesak dengan ramai orang. mungkin cuti panjang selama 3 hari ramai yang balik kampung atau melancong. dari tapah kami menyambung perjalanan & sekali lagi berhenti solat jumaat di masjid jamek seberang jaya. di kala solat jumaat itu kaum wanita dalam rombongan kami mencuri sedikit masa untuk ber'shopping' & menjamu selera dengan laksa, kebab & lain-lain makanan lagi. selesai solat jumaat kami menyambung perjalanan ke Kolej Mara Kulim (KMK). Banyak peristiwa lucu berlaku seperti Hasler (bekas 'Best Student' Kolej Mara Kulim) yang menjadi penunjuk arah kami tidak mengingati arah jalan. maka kami beberapa kali terpaksa membuat pusingan-u secara beramai-ramai kerna tersesat.

Kesian bapak nuai terpaksa melayan kerenah gila penumpang

Pada pukul 3 pm Alhamdullillah kami semua selamat tiba di KMK. Dek kepenatan memandu jauh, masing-masing mengambil kesempatan berehat sebentar bersama kit-kat. Pada waktu asar, kami semua bertolak ke masjid untuk solat asar & akad nikah Dr Kak Mah.

bersama tok kadi yang 'cool'

upacara membatalkan air sembahyang

korang tengok sendiri la...

wajah-wajah tumpang gembira

Majlis penyampaian sijil...

saper yang kahwin ni? konfius kawe...

Lebih kurang pukul 6 pm kami bertolak ke rumah kak mah untuk menjamu selera. masing-masing lapar kerna hanya makan di tapah sebagai alas perut.

Pada sebelah malam nya pula, kami ke rumah nasrun untuk makan malam di rumah nya.
semua yang hadir amat terkejut kerna tidak diberitahu sebenarnya berlangsung juga tahlil & kenduri doa selamat. kaum lelaki semua malu kerana pakaian tidak mengikut tema seperti awi yang memakai t-shirt ketat. kaum wanita agak selamat kerana memakai baju kurung. ini semua salah nasrun tak bagitau awal-awal. di rumah nasrun masing-masing makan dengan banyaknya kerana santapan yang begitu lazat. teh-o & kuih yang disediakan pun begitu hebat sehinggakan ada yang segan untuk pulang.

pada pukul 10 pm kami semua beransur pulang ke KMK untuk berehat. namun tidak semua yang mahu pulang. 5 jejaka berani iaitu azam, hasler, naim, afif & awi telah keluar untuk menikmati Char Keow Teow yang diceritakan oleh azam & hasler sebagai sangat sedap. rupanya memang benar Char Keow Teow kulim sangat sedap. ini terbukti dengan hasler & afif yang diam tekun semasa makan.

ada udang di sebalik char keow teow

'mastermind' menjamu selera

hasler nak lagi char keow teow tu...

po' bear sempat gayut melepaskan rindu dendam

Pada keesokan pagi pukul 9 am kami semua bertolak ke rumah nasrun untuk menjamu selera dengan nasi lemak & teh o yang sedap itu. masing-masing menambah nasi. lebih kurang sejam kemudian, kami semua bertolak ke Parit Buntar untuk kenduri Dr Raihan & Dr Faiz Zul. Namun agak malang dalam perjalanan hasler terlibat dalam kemalangan kecil dengan seekor kancil. sedikit kemik jugalah kereta savvy kesayangan hasler, menambah parut teruna di kereta nya.
Namun Alhamdullillah perjalanan kami tidak banyak terjejas.

selepas kemalangan

Saleha yang menjadi GPS kami semua nyata tak boleh diharap kerana membawa kami ke jalan yang tak benar. Mati-mati kami ingatkan Dr Raihan melangsungkan perkahwinan di kawasan kilang. Nasib baik ada pakcik yang baik hati sudi menunjukkan jalan ke jalan yang benar walaupun izzad sudah menawarkan khidmat GPS nya.

izzad ada GPS canggih. ini GPS kitorang, pakcik kilang mana entah tunjuk jalan

ini pasar malam ke kenduri kahwin? macam 'best' la pulak, saleha dah berpeluh tu

cepatla yuni, kitorang nak masuk '3rd round' dah ni

sempat bergambar sebelum pengantin sampai

rombongan che' kiah. che' kiah nya yang baju merah di depan tu

nuai (berpakaian hijau) & Dr Raihan (pakaian pengantin)

mana la pengantin laki tak sampai-sampai lagi, cair mekap camni

faiz tak sampai lagi, biar aku ganti dia

semoga berbahagia selalu

Lebih kurang jam 1 pm kami bertolak dari Parit Buntar ke rumah Dr Hidayah pula kami terpecah kepada 2 pasukan, 1 pasukan lebuhraya diketuai nuai dan pasukan jalan kampung diketuai saleha. pasukan jalan kampung nyata lebih selesa walaupun perjalanan agak perlahan namun boleh menikmati pemandangan sawah padi hijau yang indah di samping menjimatkan kos tol.

jam 3.30 aku & syazana tiba di rumah Dr Hidayah selaku peserta paling lewat, nasib baik ini bukan perlumbaan, kalau tak dah terkeluar agaknya. tiba di sana, keadaan agak lengang dengan ramai tetamu jemputan sudah pulang memandangkan sudah agak lewat. yang kelihatan hanyalah pasangan pengantin & rakan-rakan yang sudah lama tiba. jam 4.30 pm kami semua bertolak pulang ke Selayang. Alhamdullilah perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat di pertengahan jalan. tepat jam 8 pm aku tiba di kolej.

tageoishi? amender tuh?

Agak sayu di hati ku, kerana sudah tamat sudah perjalanan yang indah ini dalam dairi hidupku ini. dalam perjalanan kami, macam-macam peristiwa lucu & menggelikan hati berlaku. tidak akan aku lupakan memori indah ini bersama rakan-rakan tercinta. harap ini bukan kali terakhir aku bertemu kalian kerana akan tetap aku ingat kalian di hati ku.


akma nak mengambil berkat dengan memeluk pengantin

banyaknya hadian kahwin...

Gambar-gambar di bawah menunjuk 2 gadis sunti... comei nya.... anak sapa la ni...





ala manjanya...

beramai-ramai dengan pasangan pengantin

Kepada semua pasangan pengantin yang telah, akan & merancang untuk berkahwin: SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT!

See you again my friends!


berita baik buat doktor yang bakal berkhidmat..  

Posted by: Nhan3

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Orang yang menziarahai orang sakit sentiasa berpeluang memungut ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang."

hadis riwayat Muslim..

Selsema Babi (H1N1)  

Posted by: r_feev in , , , ,



Gambar - Virus H1N1, dibawah pemeriksaan mikroskopik


Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (baca : semalam), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir and zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi. Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada autoriti kesihatan terdekat jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

Diharap teman-teman pembaca berhati-hati dengan wabak terbaru ini dan dapatkan konsultasi kesihatan segera andai dikhuatiri telah terjangkit dengan virus ini.




Gambar - Keadaan di dalam wad influenza ketika pandemik 1918 yang disebabkan oleh H1N1 dimana meragut hampir 20 ke 100 juta nyawa manusia di seluruh dunia ketika itu.




Doktor yang Bagaimana?  

Posted by: r_feev

Gambar - Gambaran pelukis mengenai Hippocrates yang menolak tawaran emas dan harta dari Artaxerxes, Raja Parsi untuk merawat bala tenteranya, yang kebetulan merupakan musuh kepada empayar Yunani.



Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah buat teman-teman yang telah lulus dengan jayanya pada Peperiksan Pro 3 yang lepas. Lima tahun bersama, di kala suka dan duka, ternyata teman-teman telah meninggalkan satu memori yang cukup mendalam dalam jiwa ini. Pengalaman dan tunjuk ajar teman-teman selama lima tahun nyata telah mematangkan diri aku yang kerdil ini untuk lebih mengenali erti kehidupan.

Dalam lima tahun itu juga, begitu ramai individu kita ketemu dalam membentuk diri kita menjadi seorang doktor perubatan. Professor, Professor Madya, Pakar Perunding, Doktor Pakar, Doktor, Jururawat, dan juga ramai lagi yang nyata telah mencorak pandangan kita dalam menjadi seorang doktor perubatan. Baik pada pesakit, mesra pesakit, rajin, menepati masa, menghormati senior dan macam-macam lagi pesanan yang dirasakan perlu dalam membentuk diri seorang doktor.

Nyata dalam banyak-banyak pesanan itu, aku (hanya aku) percaya pada satu prinsip - Jangan Hipokrit - Hipokrit pada diri sendiri, teman sekerja mahupun pesakit. Kejujuran dan tahu apa pendirian diri lebih penting dalam menentukan sifat dan sikap kita sebagai seorang doktor. Tidak guna kita kepuraan dalam memuaskan hati pihak lain kerana kita ini pastinya lahir untuk diri kita sendiri, hidup untuk diri kita sendiri dan mati juga kelak untuk diri kita sendiri. Berkorban dan berserah biar ada hadnya kerana kita ini dicipta Tuhan sebagai makhluk yang bebas dan bermaruah.

Selamat Maju Jaya buat teman-teman semua dan saya doakan agar segala yang dicita-citakan bakal tercapai.

Melayu  

Posted by: Pak Engku

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Video Yg Menyedihkan kawan2!!!  

Posted by: awie ahmad



Ini adalah hasil kerja hazim! So terima kasih.. aku sbg pengupload jerrr ni..
Anyways, mmg sgt menyentuh hati..
tp aku sntiasa mantap!

Pesanan daripada Prof Rokiah to us  

Posted by: miRa rEi

This was sent via message on 3/4/09...(^_^)

"A big CONGRATS to all new doctors.
My salam and all the best wishes to all graduands.
Now you can put into practice all you have learned
with integrity, dedication and humility.
Ready to serve society"

At Last..... The Success is in our Hand  

Posted by: Pak Engku

Alhamdullilah.... setelah penat berusaha dgn penat lelah selama 5 tahun... akhirnya, pada hari ini, Jumaat 3 April 2009 sekali lagi menjadi tarikh keramat buat Malaysia (di samping Najib jadi PM ke 6) apabila seramai 58 orang pelajar ahirnya menjadi doktor yang akan memartabatkan nama UiTM & Malaysia.

Debaran menunggu Datuk Khalid Yusof mengumumkan nama masing-masing akhirnya disertai dengan kegembiraan apabila mengetahui masing2 lulus...

Buat 4 rakan yang terpilih ke Viva Distinction iaitu Hazim, Hairuddin, Abriza & Faiz Nordin, tahniah di atas kejayaan anda dan kami berbangga atas kejayaan anda semua.

Buat rakan2 yg lain juga, tahniah atas kejayaan anda & terima kasih kerana byk membantu dalam kejayaan kita pada hari ini. semoga kejayaan ini akan mendorong kita untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Selama 5 Tahun berusaha dgn bersungguh sungguh,di samping palpitation yg amat, nausea & vomiting yg excessive.... akhirnya kejayaan di tangan kita semua...

Buat para junior yang akan datang, berusahalah bersungguh2 sehingga mencapai kejayaan...



Di UiTM Jalan Othman Pada tahun 1



Di Foyer Menara S&T di tahun 2



Pelajar lelaki di diner FOM tahun 2



Pelajar perempuan di diner FOM tahun 2



Bergambar di hadapan lobi Hospital Selayang pada 3 April 2009



To all My Frens..... thank you so much...

don't say good bye, just say see you again...