to our PPD leader  

Posted by: larhalt


SELAMAT HARI JADI USOP!!!
for all the laughs u brought us....you deserve that big cake!!!

 

Posted by: Nhan3


Kekuatan syaitan..


Sabda Rasulullah saw : إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري “Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya” (Shahih Bukhari)

Keterangan:

Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga manusia agar tunduk pada hawa nafsu dan dosa, menundukkan penglihatan manusia agar ikut pada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya hingga saban waktu syaitan makin berkuasa pada jiwanya, makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia. Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempitlah terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia disanjung orang. Maka ketika jiwanya merasakan kesempitan itulah ia tidak merasakan kebahagian melainkan azab. Masya Allah! Jika di dunia lagi sudah merasakan azab, bagaimana pula hal keadaan di akhirat kelak. Na’udzu billah!

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW “Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul Saw menjawab “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah?. Dan Rasul SAW menjawab ” Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah Swt sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.
Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadits riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam.

Begitulah ‘akrabnya’ hubungan syaitan dengan diri manusia. Dicerobohi hati-hati keturunan Adam ini lalu menghembuskan nafas-nafas kesesatan pada hati manusia. Sehinggalah akhirnya hati itu tunduk dibawah kekuasaan syaitan. Apabila hati telah dikuasai, menguasai anggota lainnya adalah suatu yang mudah. Kerana hati ini adalah semacam jentera penggerak kepada anggota lainya, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, Sabda Nabi SAW: “Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati”.

Berdasarkan hadith ini, syaitan mampu keluar masuk dan menyelinap ke dalam hati sanubari kita tanpa sempadan. Bahkan tidak mampu dikesan. Semacam kita dan syaitan tidak boleh dipisahkan. Sebab itu, sebaik manapun seseorang itu, tetap tidak mampu lari daripada khaatir (lintasan hati) yg mendorong supaya memberontak mengingkari perintah Tuhan. Malahan berapa banyak kisah-kisah mereka yang pada awalnya sangat tekun menunaikan ketaatan akhirnya tersungkur rebah dilembah kemaksiatan. Adapun kisah-kisah mereka yang dilaknat Tuhan kerana menjadi pengikut syaitan teramat banyak dan terkadang berlaku didepan mata.

Namun demikian, Allah SWT memuliakan kita didalam kehidupan ini dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa petunjuk kebenaran. Bagi yang menuruti petunjuk itu, runtuhlah kekuatan syaitan ke atasnya. Maka yakinlah! Syaitan sebenarnya tidak berkemampuan untuk meruntuhkan iman manusia.

Sebesar manapun kekuatan syaitan, kekuatan Allah lebih besar menolong hamba - hambaNya. Jika Syaitan mampu menjebak manusia kepada dosa dan kemaksiatan sejauh-jauhnya, dalam sekejap saja Allah dapat hapuskan dosanya jika ia banyak bertaubat. Puluhan tahun hamba-Nya berbuat dosa dan kesalahan ternyata ia menebusnya dengan air mata taubatnya maka berguguranlah seluruh dosanya.

Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW yang melalui baginda, Allah menyediakan senjata bagi umat manusia dengan sabdaannya: ” Setiap keturunan Adam itu tidak lepas dari melakukan kesalahan (maksiat), dan kesalahan itu (penyelesaiannya) adalah dengan BERTAUBAT”.

Oleh yang demikian, jika cerita-cerita mereka yang tewas kepada bujukan syaitan banyak kita dengar, jangan pula ketinggalan untuk menghayati kisah mereka yang kembali kepangkuan Tuhan. Bahkan terdapat dikalangan mereka yang diangkat darjat mereka oleh Allah SWT. Antara kisah yang masyhur ialah kisah Fudhail bin Iyadh yg dahulunya seorang perompak. Kisah Hassan Al Basri yang dahulunya seorang pemuda pemuja wanita. Malah cerita-cerita mereka yang insaf yang hidup dizaman kita ini juga wajar dijadikan pedoman.

Demikianlah apabila jiwa bercahaya dengan cahaya Allah SWT. dan untuk memperolehi jiwa yang bercahaya itu hendaklah sentiasa melazimi diri menghadiri di majlis-majlis dzikir, di majlis-majlis ilmu dan taklim atau dimana-mana tempat yang jiwa akan bercahaya dengan keagungan Nama Allah Swt maka disaat itulah terang-benderang sanubarinya, terang-benderang ruhnya dan akan terang-benderang seluruh pancainderanya dengan cahaya Allah, maka disaat itulah jiwanya berat untuk berbuat maksiat, berat untuk sangka buruk, berat untuk berbuat hal-hal yang hina diikuti seluruh pancainderanya yang juga merasa enggan berbuat dosa. Matanya, telinganya, bibirnya, kaki dan tangannya selalu berat untuk melakukan dosa. Kenapa? Kerana cahaya Allah mengungguli di dalam jiwanya.

Pandangan dari sudut sains

Bagi yang mempelajari sains...atau biologi..saraf manusia berfungsi secara electrical chemical impulse.

Dan apabila ada rangsangan..saraf kita menghantar isyarat ke otak. Dan isyarat itu akan diterjemahkan di otak manusia. Kalau isyarat tersebut berupa bunyi gendang yang diterima gelombangnya melalui cuping telinga..isyarat itu akan dihantar ke otak untuk diterjemahkan.

Kalau manusia ini selalu mendengar bunyi gendang..otaknya berkemungkinan akan mempengaruhi tangan pula..untuk bergendang kepada apa sahaja..seperti meja..dan apa saja yang boleh mengeluarkan bunyi seperti baldi..bagi mengikuti alunan gendang tersebut. Jadi tidak hairan bagi mereka yang selalu mendengar irama gendang..suka bergendang kerana itu salah satu respon yang semulajadi.

Sebenarnya rasa seronok dapat diperolehi daripada aktiviti bergendang (saya ambil bergendang sebagai contoh) ini. Rasa seronok ini berkaitan dengan hormon..antaranya adalah Endorfin yang memasuki saluran darah daripada kelenjar pituitari, juga memasuki otak dan saraf tunjang manusia.

Sebenarnya perasaan manusia dan juga kelakuan manusia dipengaruhi oleh hormon-hormon. Saya hanya bagi satu contoh sahaja..iaitu...Endorfin..sedangkan banyak lagi hormon-hormon lain yang terlibat.

Sebenarnya Syaitan juga memang menggunakan sistem tubuh kita..dalam melaksanakan misi jahat mereka. Sebagai contoh dalam melalaikan kita...syaitan menggunakan rangsangan berupa objek yang mengghairahkan..atau hiburan yang melekakan...yang akhirnya sistem tubuh kita belajar untuk menyukainya...dan apabila sudah suka..sukar pula untuk dihilangkan kesukaan itu.

Dan nafsu manusia juga bergantung kepada sistem hormon badan kita..dan yang membezakan kita dengan haiwan ialah kita mampu berfikir..untuk membezakan apa yang baik dan apa yang buruk kepada kita. Jadi akal fikiran itulah yang membezakan kita dengan haiwan..supaya nafsu kita tidak dituruti semata-mata..tanpa sebarang kekangan daripada akal.

Itulah keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada Syaitan untuk menyesatkan manusia..bergerak melalui darah..bersama-sama hormon badan kita..memasuki akal fikiran kita..dan memberikan keseronokan apabila kita melakukan perkara maksiat...walaupun otak kita tahu bahawa perkara itu salah..

Itulah sebabnya penagih dadah dan perokok sukar sekali meninggalkan perbuatan sia-sia malah merosakkan itu...kerana itulah yang disukai oleh tubuh dan nafsu manusia yang belajar menyukainya..dan didorong oleh Syaitan.

Itu sebabnya darah daripada keturunan orang yang tidak baik..boleh diwarisi ke anak cucu...kerana kod genetik sememangnya diwarisi.... Itu sebabnya darah dan daging yang terhasil daripada sumber yang haram pasti akan mempengaruhi perangai anak-anak manusia...sehingga tidak mau patuh kepada suruhan Allah.

Mungkin Syaitan lebih tahu pasal tubuh badan kita..lebih daripada manusia mengetahui tubuh kita sendiri. Itu sebabnya mereka sering berjaya mempengaruhi kita.

Wallahualam

T.kasih kepada Pn Halimah yang menghantar artikel hebat ini

A TRIP TO GUA MUSANG-Social Work with ABIM  

Posted by: he_sham in ,

Just to share some pictures that I've taken during the trip to GUA MUSANG...

Have a look & enjoy...


"A picture is worth a thousand words"


























By: he_sham85@yahoo.com

Budak Sakit Ketagih Game  

Posted by: Pak Engku




Rome: Seorang budak lelaki Itali berusia 13 tahun disahkan ketagih permainan. Lorenzo Amato dikejarkan ke hospital oleh bapanya yang bimbangkan anaknya itu mengalami stroke berikutan remaja terbabit tidak memberi sebarang tindak balas terhadap keadaan sekeliling beliau.

Doktor yang merawat beliau pada mulanya menyangka Amato mengalami masalah otak yang serius. Remaja terbabit tidak dapat bercakap langsung dan langsung tak memahami apa yang berlaku di sekelilingnya. Doktor bagaimanapun mengenal pasti masalah berkenaan selapas mendapati Amato baru saja menanmatkan sesi maraton permainan video beliau yang baru. Remaja terbabit kemudiannya meminta bapanya membuang permainan video berkenaan.

Dipetik dari Berita Minggu 23 Nov 2008

As we all know, yesterday we had wonderful session in paeds CME. nice lunch (sedap betol rib kambing tu, mmg nak lagi lah), nice presentations & quite a tough quiz. in the afternoon session, we had a quiz given by our beloved pf gururaj. the questions are quite tough, i wud say it is at paediatrician level. in the end it was doctors who win the prize.however it quite chalenge our mind. it was a very good session. there is one presentations that i remember most is in the end, bcoz only then i could understand how inflixamab works on rheumotology disease, dr 3rd year dulu mmg x paham2... a big thanx to dr tang & other paeds team.

anyway, just want to share b4 that nice lunch which was sponsered by drug company Novartis (mana x sponsor beli drug iron chelator therapy dgn die sebulan RM3000 utk sorang patient), we had a lecture by Dr Fauzi on common paeds & adolescent psy probs. what caught my mind here particularly is regarding susbstance abuse. in substance abuse, patient can be clasified into 4 stages of substance abuse

1.introduction
2.regular use
3.abuse
4.dependence

it is in stage 3 & 4 where it become a national prob bcoz there is presence of loss of function and social withdrawal.

then she also talked about cyber addiction (which is very3 sooo common among us). it is addiction towards anything with cyber world, eg internet, multiplayer game, video game, mukebuku, frester, blogging???, and sooo on...
the symptoms & sign here are quite the same with substance abuse.
treatment? later la i tell... prognosis depends on whether u have insight or not.

insight = good prognosis
no insight = poor prognosis

however, i want to stress (bukan stress ECG) here that treatment for both these categories are the same which is STOP!

if u can help otherself, then u can help urself also. start by today!

p/s; pls do not feel offended by dis article. if so, pls see or contact or email me...

exam oh exam...  

Posted by: aku_abhandlung


sepertimana yg sedia maklum, kelas PPD akan berakhir tidak lama lagi, oleh itu, saya cadangkan kelas revision untuk exam untuk semua diadakan bagi mengisi slot kosong petang jumaat. beberapa cadangan telah difikirkan seperti; revision untuk forensik, lec from Prof Azer on MCQ and SEQ, dan beberapa lecturer clinical and preclinical probably before we sit for the exam.
bagaimanapun ini adalah rancangan awal, sama ada revision class betul2 dapat diadakan adalah bergantung kdp keadaan semasa, your help arranging the class, sambutan, dan availability pensyarah...
sekiranya ada sebarang idea, cadangan dan ketidakpuasan, ataupun nak offer bantuan, please feel free to speak-up.
thank you.

Malaysia is top 5  

Posted by: miRa rEi

Tadi bukak yahoo, and terbaca news about the Asia Pacific ranking for network connection. Rupe2nye Malaysia is top 5 together with other high-tech country like Japan.. Patut la maju je blog2 kat Malaysia nih..hehe kat bawah ni petikan daripada news tu...

BANGKOK, Nov 19 (Bernama)--Malaysia, New Zealand, Japan, South Korea and Singapore are the most connected countries in the Asia Pacific region, with 55 per cent to 80 per cent of their populations having access to the Internet by 2007.

In contrast, the bottom five –- Myanmar, Timor-Leste, Tajikistan, Bangladesh and Cambodia –- have less than one per cent of their population using the Internet while the average for region is 20 per cent.

PROUD TO BE MALAYSIAN AND BLOGGERS..hehe

Tinggalkanlah Perdebatan Yang Tidak Bermakna  

Posted by: Nhan3

Bijak sungguh kau bermain kata meminta hujjah. Tatkala hujjah sudah diberi, kau balas pula dengan emosi. Kata-kata kesat, penghinaan, cacian dan makian yang kau lemparkan. Jika kau minta hujjah tetapi untuk dipersendakan, maka terlepaslah kau dari diriku. Kerana, bukannya itu jalan untuk meninggikan kebenaran. Dan bukannya kebenaran yang kau mahukan sebenarnya.

Daripada Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

“Aku menjamin sebuah rumah di persekitaran Syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia berada di sebelah kebenaran, sebuah rumah di tengah Syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun hanya untuk bergurau, dan sebuah rumah di tempat tertinggi di dalam Syurga bagi orang yang berakhlak dengan baik.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Kitab al-Adab, hadis no. 4782. Lihat juga Shahih Sunan Abi Daud)

Wallahu a’lam.

adapted from
http://an-nawawi.blogspot.com

Your pillow and you...  

Posted by: Nanadiah Ros in


People always said that what you did reflects who you are. I do believe it in certain angle but not entirely 100%. Because sometimes, what you did is not exactly what you thought in mind. Ok, back to the pillows... I found this because... well, I need something to cheer me up so that my life won't be so bored. Actually, you can find this article anywhere. Even when I was in matrix, the editor or the buletin's team will try to put this kind of article for every edition of matrix's buletin. Well, what can I say... KMM is the best :p No offence...

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.


4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego


6) Tak punya bantal langsung
Mereka ni .....adeh.... gi la beli bantal satu weii !! Jangan ar kedekut sgt... Kat Mydin RM4.90 je!! apa daaaa.....

Cinta Sukar Diterjemah  

Posted by: Pak Engku in

Kpd yg maseh solo

cinta ibarat kupu2. semakin dikejar, semakin ia menjauh. ttp, apabila anda biarkn ia terbang, ia akan mhampiri anda di saat anda tidak menduga.
Cinta mampu membhagiakan,ttp cinta itu hanya istimewa apabila anda berikan cinta kpd yg layak menerima.

Kpd yg ragu2 dgn pernikahan

cinta bukan mcari sesorang yg 'sempurna', ttp menemukan seseorang yg mampu mjadikan diri anda 'sempurna'

Kpd buaya darat @ kaki perempuan

jgn katakan 'aku cinta padamu; apabila anda tidak benar2 peduli. jgn bicarakan soal perasaan apabila ia tidak benar2 ada.
jgn anda sentuh hidup seseorang apabila anda hanya berniat main2 dgnnya. jgn menatap ke dlm mata seseorang apabila apa yg anda lakukan hnya pembohongan.
Perkara paling kejam adalah membuat sesorang jatuh cinta, sedangkan anda tidak berniat langsung utk menerima cinta saat ia 'terjatuh'

Kpd yg patah hati

sakit, luka, hancur, patah hati bertahan selama anda menginginkannya & akan menghiris luka sedalam anda membiarkannya. persoalanya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, ttp apa yg bole diambil & dihayati sbg pengajaran & hikmahnya.

Kpd yg belum pernah jatuh cinta

jatuhla cinta, ttp jgn sampai terjerumus. biar selamba, ttp stabil. berkongsilah, ttp jgn tidak adil. cubalah utk memahami, ttp bukan bermakna tidak boleh meminta apa2.
bersedialah utk terluka & menderita, ttp jgn simpan semua rs sakit jika itu yg benar2 dialami.

kpd yg ingin menguasai

anda patah hati melihat org yg dicintai berbahagia dgn org lain, ttp akan lebih sakit lg apabila
mengetahui org yg anda cintai ternyata tidak bahagia dgn anda.

kpd yg takut mengakui

cinta menyakitkan apabila anda putuskan hubungan dgn seseorang. ttp, lebih sakit lg apabila seseorang memutuskan hubungan dgn anda. Ttp, cinta plg menyakitkan apabila org yg anda cintai langsung tidak mengetahui perasaan anda terhadapnya.

kpd yg masih bertahan mencintai seseorang yg telah pergi

menyedihkan apabila anda bertemu seseorang lalu jatuh cinta & sukar digambarkan betapa indahnya perasaan itu sehingga tidak mampu terlukis dgn kata2.
akhirnya br disedari dia bukan jodoh anda & anda sudah mensia2kan masa bertahun2 utk seseorang yg tidak layak. jika sekarang dia tidak layak dicintai, 10tahun dr sekarang pun dia tetap tidak akan layak dicintai. biarkan dia pergi & lupakan saja

Budak Kelantan The Movie....  

Posted by: r_feev in , , ,



Kebetulan hari ini aku berkesempatan menonton filem baru Budak Kelantan di 1 Utama. Filem yang pernah aku promosikan dalam entri yang terdahulu ini memang wajar ditonton oleh mereka yang ingin berkenalan dengan fenomena anak Kelantan yang merantau ke Kuala Lumpur. Aku tidak berani mengulas samada filem ini adalah gambaran sebenar anak Kelantan kita, tetapi ianya sedikit sebanyak membuka satu peluang untuk kita sama-sama membahaskan.

Filem yang mengisahkan kehidupan dua sahabat yang berlainan didikan dan kehidupan ini menyaksikan satu pertembungan di antara baik dan jahat, namun masih mampu bersama sebagai sahabat. Masalah sosial hinggalah kepada isu pemikiran juga cuba disentuh oleh pengarah filem, Wan Azli Wan Jusoh. Penampilan sulung Asrulfaizal Kamarulzaman, sebagai Jaha dalam filem ini juga harus dipuji. Lakonan yang bersahaja dan tidak 'plastik' memberikan seri yang tersendiri kepada filem ini. Filem yang menyaksikan dialek Kelantan digunakan sepenuhnya menjadikan filem ini unik, seperti beberapa filem arahan U-wei. Namun ada beberapa nilai sikap yang cuba diketengahkan dalam filem ini perlu diperhalusi lagi.

Secara keseluruhan aku rasakan filem ini wajar ditonton dalam usaha kita lebih mengenali kepelbagaian realiti budaya kehidupan masyarakat Malaysia. Tahniah buat tim pembikin filem ini dan tidak segan untuk aku akui bahawa aku berminat untuk menontonnya buat kali kedua andai berpeluang.....


 

Posted by: Nhan3

Assalamu'alaikum..
untuk makluman sahabat2..
dengan izin ketua biro kerohanian, Mohd Faiz, di sini diumumkan,

KURSUS PERKAHWINAN seperti yg telah diwar2kan pada awalnya akan diadakan somewhere in November tidak dapat diteruskan atas beberapa obstacles..maka dengan itu, segala kekesalan amat dikesali..

harap maklum..
teruskan jihad dalam hidup..
INNALLAHAMA'ANA...

:)  

Posted by: larhalt



kelakar laa..but so true...tq to fie for giving it to me :)

comments plz!!