Kebetulan hari ini aku berkesempatan menonton filem baru Budak Kelantan di 1 Utama. Filem yang pernah aku promosikan dalam entri yang terdahulu ini memang wajar ditonton oleh mereka yang ingin berkenalan dengan fenomena anak Kelantan yang merantau ke Kuala Lumpur. Aku tidak berani mengulas samada filem ini adalah gambaran sebenar anak Kelantan kita, tetapi ianya sedikit sebanyak membuka satu peluang untuk kita sama-sama membahaskan.
Filem yang mengisahkan kehidupan dua sahabat yang berlainan didikan dan kehidupan ini menyaksikan satu pertembungan di antara baik dan jahat, namun masih mampu bersama sebagai sahabat. Masalah sosial hinggalah kepada isu pemikiran juga cuba disentuh oleh pengarah filem, Wan Azli Wan Jusoh. Penampilan sulung Asrulfaizal Kamarulzaman, sebagai Jaha dalam filem ini juga harus dipuji. Lakonan yang bersahaja dan tidak 'plastik' memberikan seri yang tersendiri kepada filem ini. Filem yang menyaksikan dialek Kelantan digunakan sepenuhnya menjadikan filem ini unik, seperti beberapa filem arahan U-wei. Namun ada beberapa nilai sikap yang cuba diketengahkan dalam filem ini perlu diperhalusi lagi.
Secara keseluruhan aku rasakan filem ini wajar ditonton dalam usaha kita lebih mengenali kepelbagaian realiti budaya kehidupan masyarakat Malaysia. Tahniah buat tim pembikin filem ini dan tidak segan untuk aku akui bahawa aku berminat untuk menontonnya buat kali kedua andai berpeluang.....

This entry was posted
on 23:13
and is filed under
Filem,
Pak Usop,
Seni,
Sosial
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
hanya segelintir sahaja orang kelantan perangai buruk macam dalam movie ni, yang lainnya semua baik2 belaka, banyak contoh yang aku buleh bagi, mcm KY, Nik Aziz, Dr Anis.. so better don't be prejudiced toward kelantanese.
seramnya citer ni.... Huhu. Anyway, disebabkan aku ni boleh berfikir secara sangat waras skrg ni, aku mmg setuju apa yg usop kata tu... Bukan semua org jahat, org kelantan... Melambak2 dari negeri2 lain sepeti negeri atas karpet(bukan negeri sebenar), negeri lalu sekejap (juga bukan nama sebenar). Hehe...
huhu aku tgk citer ni ngan afif masa tu..mmg nice story...bnyk msg yg cuba disampaikan dalam citer ni..kpd sesapa yg nak menonton citer ni jgn jadikan movie ni sbg alasan utk kita prejudis kat org kelantan..juz take d gud msg...