berita baik buat doktor yang bakal berkhidmat..  

Posted by: Nhan3

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Orang yang menziarahai orang sakit sentiasa berpeluang memungut ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang."

hadis riwayat Muslim..

Selsema Babi (H1N1)  

Posted by: r_feev in , , , ,



Gambar - Virus H1N1, dibawah pemeriksaan mikroskopik


Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (baca : semalam), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir and zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi. Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada autoriti kesihatan terdekat jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

Diharap teman-teman pembaca berhati-hati dengan wabak terbaru ini dan dapatkan konsultasi kesihatan segera andai dikhuatiri telah terjangkit dengan virus ini.




Gambar - Keadaan di dalam wad influenza ketika pandemik 1918 yang disebabkan oleh H1N1 dimana meragut hampir 20 ke 100 juta nyawa manusia di seluruh dunia ketika itu.




Doktor yang Bagaimana?  

Posted by: r_feev

Gambar - Gambaran pelukis mengenai Hippocrates yang menolak tawaran emas dan harta dari Artaxerxes, Raja Parsi untuk merawat bala tenteranya, yang kebetulan merupakan musuh kepada empayar Yunani.



Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah buat teman-teman yang telah lulus dengan jayanya pada Peperiksan Pro 3 yang lepas. Lima tahun bersama, di kala suka dan duka, ternyata teman-teman telah meninggalkan satu memori yang cukup mendalam dalam jiwa ini. Pengalaman dan tunjuk ajar teman-teman selama lima tahun nyata telah mematangkan diri aku yang kerdil ini untuk lebih mengenali erti kehidupan.

Dalam lima tahun itu juga, begitu ramai individu kita ketemu dalam membentuk diri kita menjadi seorang doktor perubatan. Professor, Professor Madya, Pakar Perunding, Doktor Pakar, Doktor, Jururawat, dan juga ramai lagi yang nyata telah mencorak pandangan kita dalam menjadi seorang doktor perubatan. Baik pada pesakit, mesra pesakit, rajin, menepati masa, menghormati senior dan macam-macam lagi pesanan yang dirasakan perlu dalam membentuk diri seorang doktor.

Nyata dalam banyak-banyak pesanan itu, aku (hanya aku) percaya pada satu prinsip - Jangan Hipokrit - Hipokrit pada diri sendiri, teman sekerja mahupun pesakit. Kejujuran dan tahu apa pendirian diri lebih penting dalam menentukan sifat dan sikap kita sebagai seorang doktor. Tidak guna kita kepuraan dalam memuaskan hati pihak lain kerana kita ini pastinya lahir untuk diri kita sendiri, hidup untuk diri kita sendiri dan mati juga kelak untuk diri kita sendiri. Berkorban dan berserah biar ada hadnya kerana kita ini dicipta Tuhan sebagai makhluk yang bebas dan bermaruah.

Selamat Maju Jaya buat teman-teman semua dan saya doakan agar segala yang dicita-citakan bakal tercapai.

Melayu  

Posted by: Pak Engku

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Video Yg Menyedihkan kawan2!!!  

Posted by: awie ahmad



Ini adalah hasil kerja hazim! So terima kasih.. aku sbg pengupload jerrr ni..
Anyways, mmg sgt menyentuh hati..
tp aku sntiasa mantap!

Pesanan daripada Prof Rokiah to us  

Posted by: miRa rEi

This was sent via message on 3/4/09...(^_^)

"A big CONGRATS to all new doctors.
My salam and all the best wishes to all graduands.
Now you can put into practice all you have learned
with integrity, dedication and humility.
Ready to serve society"

At Last..... The Success is in our Hand  

Posted by: Pak Engku

Alhamdullilah.... setelah penat berusaha dgn penat lelah selama 5 tahun... akhirnya, pada hari ini, Jumaat 3 April 2009 sekali lagi menjadi tarikh keramat buat Malaysia (di samping Najib jadi PM ke 6) apabila seramai 58 orang pelajar ahirnya menjadi doktor yang akan memartabatkan nama UiTM & Malaysia.

Debaran menunggu Datuk Khalid Yusof mengumumkan nama masing-masing akhirnya disertai dengan kegembiraan apabila mengetahui masing2 lulus...

Buat 4 rakan yang terpilih ke Viva Distinction iaitu Hazim, Hairuddin, Abriza & Faiz Nordin, tahniah di atas kejayaan anda dan kami berbangga atas kejayaan anda semua.

Buat rakan2 yg lain juga, tahniah atas kejayaan anda & terima kasih kerana byk membantu dalam kejayaan kita pada hari ini. semoga kejayaan ini akan mendorong kita untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Selama 5 Tahun berusaha dgn bersungguh sungguh,di samping palpitation yg amat, nausea & vomiting yg excessive.... akhirnya kejayaan di tangan kita semua...

Buat para junior yang akan datang, berusahalah bersungguh2 sehingga mencapai kejayaan...



Di UiTM Jalan Othman Pada tahun 1



Di Foyer Menara S&T di tahun 2



Pelajar lelaki di diner FOM tahun 2



Pelajar perempuan di diner FOM tahun 2



Bergambar di hadapan lobi Hospital Selayang pada 3 April 2009



To all My Frens..... thank you so much...

don't say good bye, just say see you again...