Doktor yang Bagaimana?
PostedGambar - Gambaran pelukis mengenai Hippocrates yang menolak tawaran emas dan harta dari Artaxerxes, Raja Parsi untuk merawat bala tenteranya, yang kebetulan merupakan musuh kepada empayar Yunani.
Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah buat teman-teman yang telah lulus dengan jayanya pada Peperiksan Pro 3 yang lepas. Lima tahun bersama, di kala suka dan duka, ternyata teman-teman telah meninggalkan satu memori yang cukup mendalam dalam jiwa ini. Pengalaman dan tunjuk ajar teman-teman selama lima tahun nyata telah mematangkan diri aku yang kerdil ini untuk lebih mengenali erti kehidupan.
Dalam lima tahun itu juga, begitu ramai individu kita ketemu dalam membentuk diri kita menjadi seorang doktor perubatan. Professor, Professor Madya, Pakar Perunding, Doktor Pakar, Doktor, Jururawat, dan juga ramai lagi yang nyata telah mencorak pandangan kita dalam menjadi seorang doktor perubatan. Baik pada pesakit, mesra pesakit, rajin, menepati masa, menghormati senior dan macam-macam lagi pesanan yang dirasakan perlu dalam membentuk diri seorang doktor.
Nyata dalam banyak-banyak pesanan itu, aku (hanya aku) percaya pada satu prinsip - Jangan Hipokrit - Hipokrit pada diri sendiri, teman sekerja mahupun pesakit. Kejujuran dan tahu apa pendirian diri lebih penting dalam menentukan sifat dan sikap kita sebagai seorang doktor. Tidak guna kita kepuraan dalam memuaskan hati pihak lain kerana kita ini pastinya lahir untuk diri kita sendiri, hidup untuk diri kita sendiri dan mati juga kelak untuk diri kita sendiri. Berkorban dan berserah biar ada hadnya kerana kita ini dicipta Tuhan sebagai makhluk yang bebas dan bermaruah.
Selamat Maju Jaya buat teman-teman semua dan saya doakan agar segala yang dicita-citakan bakal tercapai.
This entry was posted
on 09:56
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.