Malam Kesenian Fakulti Perubatan 2009 menjadi kenyataan semalam (23 Mei 2009). Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan sukarelawan dan tidak lupa teman-teman yang sudi menyumbangkan wang (baca: akan dibayar balik - sedang diusahakan), kerana tanpa anda semua tidak mungkin program ini akan berjaya. Buat JK, usaha dan tungkus-lumus kalian semua tidak mungkin saya balas. Saya doakan agar Tuhan memudahkan segala apa yang sulit buat kalian semua di masa depan dan sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya. Buat teman-teman yang 'meminjamkan' wang untuk program ini, insyallah seawal-awalnya Selasa atau Rabu wang itu akan dapat dipulangkan - sama-samalah kita berdoa. Hakikatnya saya terharu kerana teman-teman yang saya faham (sesetengahnya) berada dalam keadaan kekontangan dana, masih sanggup berkorban dan menyumbang kepada usaha ini. Saya akui saya sendiri berasa malu dan hina kerana terpaksa mengambil langkah ini, namun kerana keadaan memaksa dan demi menjaga air muka Fakulti yang kita cintai, saya dan JK mengambil keputusan untuk 'mengemis' kepada rakan-rakan. Maafkan kami.
Saya dan JK berharap teman-teman semua terhibur pada malam tadi dan sekali lagi setinggi penghargaan saya kepada seluruh JK Program yang telah bertungkus lumus tanpa berkira mahupun mengungkit. Simpanlah kenangan ini sebagai satu pengalaman yang berharga dan bermakna kepada kita semua.
"Saat dugaan dan cabaran itu tiba, baru kita kenal siapa dia yang akan berjerit payah bersama diri kita, dan siapa pula yang akan menomah dan menyisih meninggalkan kita terkapai dilanda badai"
Terima Kasih dan sepuluh jari saya susun memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki...
This entry was posted
on 16:54
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
it was indeed a very meaningful night for all of us i believe...banyak yang dapat saya pelajari dan jadikan pengalaman sepanjang penganjuran Malam Kesenian tersebut...i really want to thank everyone yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut...especially kepada big boss dan ahli2 jawatankuasa yang telah bersusah payah...thanks :)
aku pon nak ucapkan terima kasih kat sumer AJK n yg membantu...seriusly aku mmg letih,tp lpas abes dinner tu,gembira gaklah pasal berjalan ngan lancar...kpd kawan2 yg kena marah,aku mintak maap eh...