Rombongan Kenduri Kahwin  

Posted by: Pak Engku

Bersempena dengan majlis perkahwinan 4 teman seperjuangan dalam pengajian kami, 1 gerakan telah di atur untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan teman-teman.

Senarai Ahli Rombongan dari Selayang

  1. Nuai (Ketua Rombongan)
  2. Encik Abd Jalil
  3. Yuni
  4. Faizan
  5. Naim
  6. Azam
  7. Annie
  8. Alin
  9. Izzad
  10. Abby
  11. Nana
  12. Che' Ah
  13. Atul
  14. Ridz
  15. Saleha
  16. Arifah
  17. Zairu
  18. Hisham
  19. Awi 'Sleeping Beauty'
  20. Iki
  21. Hasler
  22. Po' Bear
  23. Usop
  24. Wizni
  25. Syazana
  26. Syukri
  27. Ruhaida
  28. Miya
  29. Dinie
  30. Akma
  31. Nani
*Afif, Mar & Nasrun menyertai rombongan ini di Kulim. Amir pula tidak dapat menyertai kerana terlepas bas dari rumahnya.

Kami semua yang menaiki 9 buah kereta memulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh Cik Usop pada 7.40 am walaupun sedikit terlewat dari rancangan asal. Lebih kurang 2 jam kemudian kami berhenti rehat sebentar di Tapah. Keadaan agak sesak dengan ramai orang. mungkin cuti panjang selama 3 hari ramai yang balik kampung atau melancong. dari tapah kami menyambung perjalanan & sekali lagi berhenti solat jumaat di masjid jamek seberang jaya. di kala solat jumaat itu kaum wanita dalam rombongan kami mencuri sedikit masa untuk ber'shopping' & menjamu selera dengan laksa, kebab & lain-lain makanan lagi. selesai solat jumaat kami menyambung perjalanan ke Kolej Mara Kulim (KMK). Banyak peristiwa lucu berlaku seperti Hasler (bekas 'Best Student' Kolej Mara Kulim) yang menjadi penunjuk arah kami tidak mengingati arah jalan. maka kami beberapa kali terpaksa membuat pusingan-u secara beramai-ramai kerna tersesat.

Kesian bapak nuai terpaksa melayan kerenah gila penumpang

Pada pukul 3 pm Alhamdullillah kami semua selamat tiba di KMK. Dek kepenatan memandu jauh, masing-masing mengambil kesempatan berehat sebentar bersama kit-kat. Pada waktu asar, kami semua bertolak ke masjid untuk solat asar & akad nikah Dr Kak Mah.

bersama tok kadi yang 'cool'

upacara membatalkan air sembahyang

korang tengok sendiri la...

wajah-wajah tumpang gembira

Majlis penyampaian sijil...

saper yang kahwin ni? konfius kawe...

Lebih kurang pukul 6 pm kami bertolak ke rumah kak mah untuk menjamu selera. masing-masing lapar kerna hanya makan di tapah sebagai alas perut.

Pada sebelah malam nya pula, kami ke rumah nasrun untuk makan malam di rumah nya.
semua yang hadir amat terkejut kerna tidak diberitahu sebenarnya berlangsung juga tahlil & kenduri doa selamat. kaum lelaki semua malu kerana pakaian tidak mengikut tema seperti awi yang memakai t-shirt ketat. kaum wanita agak selamat kerana memakai baju kurung. ini semua salah nasrun tak bagitau awal-awal. di rumah nasrun masing-masing makan dengan banyaknya kerana santapan yang begitu lazat. teh-o & kuih yang disediakan pun begitu hebat sehinggakan ada yang segan untuk pulang.

pada pukul 10 pm kami semua beransur pulang ke KMK untuk berehat. namun tidak semua yang mahu pulang. 5 jejaka berani iaitu azam, hasler, naim, afif & awi telah keluar untuk menikmati Char Keow Teow yang diceritakan oleh azam & hasler sebagai sangat sedap. rupanya memang benar Char Keow Teow kulim sangat sedap. ini terbukti dengan hasler & afif yang diam tekun semasa makan.

ada udang di sebalik char keow teow

'mastermind' menjamu selera

hasler nak lagi char keow teow tu...

po' bear sempat gayut melepaskan rindu dendam

Pada keesokan pagi pukul 9 am kami semua bertolak ke rumah nasrun untuk menjamu selera dengan nasi lemak & teh o yang sedap itu. masing-masing menambah nasi. lebih kurang sejam kemudian, kami semua bertolak ke Parit Buntar untuk kenduri Dr Raihan & Dr Faiz Zul. Namun agak malang dalam perjalanan hasler terlibat dalam kemalangan kecil dengan seekor kancil. sedikit kemik jugalah kereta savvy kesayangan hasler, menambah parut teruna di kereta nya.
Namun Alhamdullillah perjalanan kami tidak banyak terjejas.

selepas kemalangan

Saleha yang menjadi GPS kami semua nyata tak boleh diharap kerana membawa kami ke jalan yang tak benar. Mati-mati kami ingatkan Dr Raihan melangsungkan perkahwinan di kawasan kilang. Nasib baik ada pakcik yang baik hati sudi menunjukkan jalan ke jalan yang benar walaupun izzad sudah menawarkan khidmat GPS nya.

izzad ada GPS canggih. ini GPS kitorang, pakcik kilang mana entah tunjuk jalan

ini pasar malam ke kenduri kahwin? macam 'best' la pulak, saleha dah berpeluh tu

cepatla yuni, kitorang nak masuk '3rd round' dah ni

sempat bergambar sebelum pengantin sampai

rombongan che' kiah. che' kiah nya yang baju merah di depan tu

nuai (berpakaian hijau) & Dr Raihan (pakaian pengantin)

mana la pengantin laki tak sampai-sampai lagi, cair mekap camni

faiz tak sampai lagi, biar aku ganti dia

semoga berbahagia selalu

Lebih kurang jam 1 pm kami bertolak dari Parit Buntar ke rumah Dr Hidayah pula kami terpecah kepada 2 pasukan, 1 pasukan lebuhraya diketuai nuai dan pasukan jalan kampung diketuai saleha. pasukan jalan kampung nyata lebih selesa walaupun perjalanan agak perlahan namun boleh menikmati pemandangan sawah padi hijau yang indah di samping menjimatkan kos tol.

jam 3.30 aku & syazana tiba di rumah Dr Hidayah selaku peserta paling lewat, nasib baik ini bukan perlumbaan, kalau tak dah terkeluar agaknya. tiba di sana, keadaan agak lengang dengan ramai tetamu jemputan sudah pulang memandangkan sudah agak lewat. yang kelihatan hanyalah pasangan pengantin & rakan-rakan yang sudah lama tiba. jam 4.30 pm kami semua bertolak pulang ke Selayang. Alhamdullilah perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat di pertengahan jalan. tepat jam 8 pm aku tiba di kolej.

tageoishi? amender tuh?

Agak sayu di hati ku, kerana sudah tamat sudah perjalanan yang indah ini dalam dairi hidupku ini. dalam perjalanan kami, macam-macam peristiwa lucu & menggelikan hati berlaku. tidak akan aku lupakan memori indah ini bersama rakan-rakan tercinta. harap ini bukan kali terakhir aku bertemu kalian kerana akan tetap aku ingat kalian di hati ku.


akma nak mengambil berkat dengan memeluk pengantin

banyaknya hadian kahwin...

Gambar-gambar di bawah menunjuk 2 gadis sunti... comei nya.... anak sapa la ni...





ala manjanya...

beramai-ramai dengan pasangan pengantin

Kepada semua pasangan pengantin yang telah, akan & merancang untuk berkahwin: SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT!

See you again my friends!


This entry was posted on 12:21 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

3 comments

bukan salah aku..hu..hu dalam peta kata pencawang, terdongak-dongak kami cari pencawang letrik..

Letihnya rombongan nih. Sampai ari ni masih terasa lagi... XD Yang lain nak kawen wat hari lain2. Senang aku datang lpas tu leh lawat2 negeri korg. Klu ari sama aku pos hadiah jer la... Huhu.

tu la ko kak sal, nasib baik ada pakcik tu... kalau x kenduri kat kilang la kite

Post a Comment