Makan martabak sardin lipas  

Posted by: Pak Engku in

Bace la betol, klakar jgk la citer ni... ini iki yg tunjuk kat aku kat dlm kosmo online.

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

Saptuyah menunjukkan martabak sardin yang dibelinya didakwa
mengandungi lipas di salah sebuah restoran di Shah Alam semalam.

SHAH ALAM - Martabak sardin berinti lipas.

Ia kedengaran pelik dan menjijikkan namun itulah hidangan yang dijamah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Saptuyah Senson, 53, tengah hari semalam.

Menurut Saptuyah, dia hanya menyedari anak lipas sepanjang 1.5 sentimeter terselit di antara bawang dan sardin selepas menjamah suku daripada martabak yang dibelinya daripada sebuah restoran di sini.

Apa yang menggelikan, Saptuyah mendakwa secara tidak sedar beliau telah menelan sebahagian kaki anak lipas tersebut sebelum memuntahkannya semula.

"Habis saya muntah kesemua martabak yang telah dimakan selepas ternampak anak lipas tanpa kaki kiri bersama inti sardin dan bawang," dakwanya ketika ditemui di restoran tersebut di sini semalam.

Menurut beliau, makanan itu dibeli oleh seorang pekerjanya di sebuah restoran kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.

This entry was posted on 19:49 and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

6 comments

memang klaka habis masa aku baca berita ni... yg peliknye, dia siap tgk kaki lipas yg belah mana yg dia makan... kahkahkah... mula2 rasa geli dan kesian jgk kt makcik ni, tp disebabkn statement dia yg klaka tu, trus aku tergelak tanpa sebarang EMPATHY....

besa la...klu dh nmemy kenangan y xdpt d lupakan...pahit ka..manis ka...pasti kite tau sgt2 la details..huhu

errrmm... Restoran mana la agaknya?!

Aku rase die yg silap tempah murtabak lipas...

Tempah lah murtabak lain.

Takpun kesian anak lipas tu dia pun nak mkn murtabak tu and got trapped in there and can't get out...hu hu hu

Just from the look of it, make me sick.

kat kedai mana tu? jom pi try

ntah la kedai mana. tp mcm sedap jer... klau dlm cili potong pun sodap

Post a Comment