manusia yang lupa akan manfaat jemaah  

Posted by: Nhan3

Assalamualaikumussalam wbt

Ramai sudah tahu akan kelebihan solat berjemaah samada di surau atau masjid.
Solat berjemaah juga boleh dibuat hanya 2 org...lebih baik jika solat sendirian. Solat berjemaah akan diberi 27 pahala kebaikan sedangkan solat sendirian hanya 1 pahala kebaikan.
Betapa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kepada umat Rasulullah SAW.
Namun masih lagi yang ambil remeh soal solat berjemaah. Jika kita perhatikan pasar malam di mana sahaja...tatkala bilal alunkan azan Maghrib...salah satu makna azan adalah "Marilah Menuju Kejayaan" ...namun hanya segelintir sahaja yg melangkah ke masjid atau surau. Lebih ramai yg berkerumun di pasar malam...berbelanja itu-ini tanpa pedulikan seruan itu.
Ada yg kata "ala...balik nanti aku solat kat rumah"...akhirnya sampai rumah dah hujung waktu....sibuk pulak nak mandi dulu...akhirnya tak solat maghrib. Alangkah ruginya umat Muhammad SAW...:( Ada pula yang masih leka bermain di padang ...main bola, takraw, badminton, joging di padang...bila dengar azan..."ala balik nanti aku solat kat rumah" ...sebab letih sangat...duduk rehat dulu...minum dulu...nak mandi dulu ...akhirnya tak solat maghrib.

Alangkah ruginya umat Muhammad SAW...:( Ada yang hanya duduk berehat depan TV...tengok rancangan kegemaran dgn anak-bini......jam 7.30 mlm...ada citer yang ramai orang minat...bila azan Maghrib berkumandang..."ala nantilah...habis citer ni dulu baru solat"...habis sekelurga berjemaah depan TV. Bila dah habis masing-masing solat tapi tidak pula berjemaah...ayah solat kat bilik...mak pula baru nak mandi...anak solat kat bilik...

Alangkah ruginya umat Muhammad SAW...:( Rasanya bila digantikan solat berjemaah dgn RM...tentunya penuh surau & masjid...apa taknya...RM27 sorang ...Subuh, Maghrib & Isyak dah dapat RM81...pastinya sekeluarga akan turun solat berjemaah....begitu juga solat zohor & asar di surau kat ofis...dapat lagi RM54...tak muat dibuatnya...sehari jer sorang boleh kumpul RM135....wow...banyaknya...

Cubalah baca kisah tentang solat berjemaah. Ceritanya tentang seorang hamba Allah yang sedang solat di rumahnya di Mekah kemudian ditegur oleh temannya, mengingatkannya bahawa di musim-musim haji ini ada baiknya "sdr solat di Mesjidil Haram daripada solat di rumah sekiranya sdr tidak sakit, kerana pahalanya lebih banyak daripada solat di rumah, mahupun solat di mana-mana mesjid di Mekah."

Teman yang solat di rumah itu cuba memberi alasan yang dia dah uzur kerna usianya yang telah lanjut. Jawab teman yang menasihati orang yang bersolat di rumah itu, "Kalau uzur jumpalah doktor. Tetapi, kalau keuzuran itu tidak memerlukan rawatan doktor, ada lebih baik sdr gagahkan diri dan bersolatlahlah di Mesjidil Haam.

Pahala solat di rumah hanya 10 darjat; di mesjid-mesjid lain di Mekah, sebanyak 50; tetapi solat di Mesjidl Haram sebanyak 100 darjat" sambung teman tersebut. Dan kalau anda uzur tetapi sanggup gagahkan diri ke Mesjidil Haram, mungkin paidahnya lebih daripada itu." jelas temannya. . "Tak apalah," jawab orang yang uzur itu. "Pahala sedikitpun tak apalah, asalakan saya tidak mencuaikan solat." Sambungnya. Teman yang menasihatkan manusia yang uzur itu lalu berkata: "Bagaimana sekiranya fadiah-fadiah itu "digantikan" dengan wang tunai 100 dinar bagi tiap-tiap rakaat solat di Mesjidil Haram? Fadiahnya bukan dalam bentuk hadiah 100 darajat yang tidak kelihatan di mata, kecuali dibalas ketika di akhirat nanti? Jawab orang yang uzur tadi, "Tentulah saya akan ke Mesjidil Haram!!" Begitulah tabiat manusia yang rata-rata mahu mendapatkan sesuatu yang boleh dilihat daripada yang tidak dapat dilihat dan yang tidak pasti pula sama ada ganjaran tersebut akan diperolehinya atau tidak nanti.

Sia-sialah sesiapa yang ke Mekah tetapi membuangkan masanya banyak di rumah tumpangannya tanpa banyak meghabiskan masanya di Mesjidil Haam ataupun di Mesjid Nabawi di Madinah.
Sekian.
Wallahu'alam.

This entry was posted on 17:17 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment