Budak UiTM masuk paper  

Posted by: Pak Engku

Ahad lepas mase tgh rehat bace paper tetibe prasan la plk ada artikel pasal penubuhan fakulti perubatan UiTM. pastu tengok ada gambar bebudak kite mase 1st year kat shah alam. memang klasik giler gambar ni... sesape nak baca sile la tgk paper mingguan malaysia @ kosmo 27/9/09. ni aku letak sikit petikan dari ape yang ada




dari kiri: KD, saleha, zu, ?, aje dengan orang yg gagal dikenal pasti

Terpanggil untuk bercerita...  

Posted by: Nanadiah Ros

Assalammualaikum... Aku sebnarnya nak habiskan cuti raya ni dgn tido tp bila aku bukak blog ni ada cerita dari po'bear lak. So, aku pun nak citer gakla... Aku tgh posting ortho. Not a good posting to start. Everybody said that and I agreed. It's quiet relax and aku takut bila masuk medicine aku tak biasa lak. Yela, kat ortho by 4pm usually dah habis keje tp kat medicine habis lewat. But, it's ok. That's the future challenge. Tapi yg aku bengang tu asyik kena buli jer... Bukan semua org la ada certain senior jer tak berlaku adil. Yang aku paling bengang tu bila oncall dgn senior yg membuli. Actually more like berkira la. Aku still ingat pesan lecturer kita dulu yg bila bekerja jgn berkira. So, since aku tagging lagi aku tak penah berkira tapi disebabkan aku tak penah berkirala, org amik kesempatan. Aku bengang giler. Kalo kite dah tunjukkan yg kita tak berkira, nanti keje diorang pun diorg suoh kdg2. SN pun amik kesempatan. Ada sorg SN penah bgtau aku, yg diorg akan carik Dr yg paling senang berunding. Kdg2 ada 2-3 HO kat wad masa tu, diorg still carik aku. Ada sekali, penah kitorg ramai2 dlm 4-5 org berkumpul tunggu MO untuk wat round petang, dlm byk2 HO, SN leh cari aku untuk report K+ low. Adeh... Klu dah noted by aku takkan aku nak diam laks. Diorang akan tulis dlm case sheet yg aku dah noted. Tu yg leceh tu. Tp klu bende kecik2 tu takpela. Bende2 yg boleh resolved. Klu bende2 yg leceh dan susah nak decide tu yg aku nyampah tu. Aku leh tanya kawan2 aku klu bende2 yg leceh2 ni tapi diorg takde pressure sgt sebab bukan diorg yg dibagitau. Tapi posting ortho kat sini okla. Initially mmg aku bengang dan tak tahan tapi as time goes by aku adapt sket2 la. Specialist kat ctu pun ckp aku dah ada perubahan klu banding masa mula2 aku masuk dulu... nak tau apa perubahan nyer? Dia ckp aku dah pandai gelakkan org... Haha. Hampeh tol. Aku ingat perubahan apa. Tapi specialist tu mmg ... ntahla aku nak describe dia mcm mana pun tak tau.

Tapi ada bende yg tak best keje kat sini... Org knal aku.. tu yg leceh tu. Ari tu second cousin aku masuk spital, dislocation of hip. Aku melawat dia jer la tp lepas tu leh lak cousin aku(mak dia) ikut aku jumpa patient. Dia siap tanya lagi patient tu ada apa. tu yg leceh tu. Takkan aku nak bgtau plak. And then, datuk kawan rapat masa sekolah aku lak masuk hosp, compression # spine. tu takpela. The worst thing is one of my specialist is my brother's friend. Peh... mampus aku. Much much much worst is cousin aku keje SN kat wad aku skrg. Adeh... Nyesal gak la aku pilih hosp melaka. Tapi setiap bende ada kebaikkan dan keburukkan.

Kat sini, aku dpt balik tiap2 hari masa bulan puasa untuk temankan mak aku berbuka kecuali oncall la.

Klu kat OT tu tak teruk sgt la. Tgk MO la. Actually MO kat sini ok. It's just sometimes jer aku rasa diorg over2 lak. Ala... masing2 ada ego. Mungkin kita baru start keje takde ego tp diorg dah lama keje mestila ada ego. So, kdg2 tu diorg tak nampak sgt kesilapan diorg. Aku dah assist kat OT. Alhamdullilah stakat ni ok la. Nak kata teruk sgt takla, nak kata perfect mmg tak pun. But, overall ok. Tp aku tetap tak ske ortho. hahaha. Aku ada lagi nak citer tp cukupla... boring org yg baca kang. Anyway, gud laq my friends. May we meet again in the future. :D

APA CITER  

Posted by: Po'bear

salam..hello kawan2..apa citer korng ni...sumer menyepikan diri..blog x update pon.aku nak gak tau kesah hidup korang semua..

oklah aku mulakan dulu bercerita...

aku kat HSI ni tgh posting O&G yg sgt menguji keimanan, keetabahan fizikal dan mental.walaupon posting o&g ni ada 15 houseman (houseman paling ramai dkt HSI),tp workload sgt tinggi..kena marah n dimaki hamun dah menjadi lumrah..aku pernah di halau keluar dari O.T..pasal masa tagging dulu x berkesempatan naik OT,pastu bila nk assist x tau apa..alhamdulillah skrg ni dh bnyk assist.nk wat caesar x konfident lagi..hopefully ada MO yg nk bagi peluang...

kerja kat HSI ni syok sebenarnya, tp maklumlah hospital berkomputer..bila DOWNTIME, sumer jd huru hara...bulan ni aku dah kena dok luar..nasib baik ikin ngan abi ada bgtau yg houseman posting diorang tgh carik rummate,so aku pon join.mybe nk pindah time merdeka.

ikin ngan abi nmpk mcm relax sket.diorang posting surgeri..nuai ngan faizan agak busy gak.faizan kat NICU,aku x abes2 antar baby kat NICU.grunting lah,low A.S lah, IDM lah.kesian kat faizan.j-me sama posting ngan aku...sgt rajin..org rajin mcm dia pon slalu kena marah..kesian gak kat dia..

hahaha..aku lupa nk bgtau..aku baru dpt gaji..x tau nk wat pe?bg idea sket...

Apakah Yang Berlaku???  

Posted by: awie ahmad

Salam kepada semua kawan2 yang berada jauh dimata dan jauh di hati,

Apakah khabar kalian semua??? cerita la pengalaman anda semua di tempat kerja masing2. Aku dengar ada yang relax giler. Ada pulak yang busy mcm nak mati.. hrmm..ape2 pun gudluck!!

Selamat Berkerja Teman-Temanku!  

Posted by: Pak Engku

Penempatan 2nd batch UiTM

Perlis

Hospital Kangar:

  1. E-Naim
  2. Alin
  3. Syitah
  4. Mariani
  5. Che'Ah

Kedah


Hospital Alor Setar
  1. Nous
  2. Faiz Nordin
Hospital Sg Petani
  1. Anisa
  2. Faiz Zul
  3. Raihan
Hospital Kulim
  1. Pi'e
  2. Zu
  3. Nini
  4. Kak Mah

Pulau Pinang


Hospital Pulau Pinang
  1. Afif

Perak

Hospital Teluk Intan
  1. Syazana
  2. Ayuni

Selangor & Kuala Lumpur


Hospital Kajang
  1. Atul
Hospital Klang
  1. Saleha
  2. Izzad
  3. Hasler
  4. Awi

Kelantan

Hospital Kota Bharu
  1. Muiz
  2. Shima
  3. Mas

Terengganu


Hospital Kuala Terengganu
  1. Nani
  2. Bik Cha
  3. Zairu
  4. Usop

Pahang


Hospital Kuantan
  1. Ruhaida
  2. Adani
  3. Akma
Hospital Temerloh
  1. Amir
  2. Donna

Negeri Sembilan

Hospital Seremban
  1. Dayah
Hospital Kuala Pilah
  1. Aq
  2. Aida

Melaka

Hospital Melaka
  1. Nana
  2. Ain
  3. Arifah

Johor

Hospital Sultal Ismail JB
  1. Nuai
  2. Faizan
  3. Pokber
  4. Abi
  5. Ikin
  6. Jme
Hospital Muar
  1. Feazlin

Sarawak

Hospital Kuching
  1. Lydia

Sabah

Hospital Kota Kinabalu
  1. Kak Ann
Hospital Sandakan
  1. Iki
  2. Hisham

Angkatan Tentera Malaysia
  1. Saufi
  2. Ainul
  3. Dini
Nota: Ada nama rakan-rakan yang tidak tersenarai namanya kerana tidak diketahui statusnya & harap maaf. Senarai ini tidak muktamad dan tertakluk kepada angin perubahan KKM bagi senarai rayuan. Mana-mana rakan yang tidak tercatat namanya @ ditukarkan penempatan sila maklumkan dengan segera

Sentimental: Sedih la jugak!  

Posted by: awie ahmad

Semalam, aku dapat tau.. Ade la beberapa kawan2 kita yg dah gi induksi. Maksudnya, tak induksi sekali la.. Haih! Sedih wooo.. Mesti pas ni susah nak jumpa dah..pa lagi kalo dah start keje nanti. Memang bakal merindui semua kengkawan yg best gilerrr

Pas tu, semalam aku try la kemas2 buku2 aku.. Trus rasa sedih tgk buku2 yg aku pernah baca dulu.. Hrrrrmm...

Anyways.. GOOD LUCK GUYS!!!

Malam Kesenian Fakulti Perubatan 2009  

Posted by: r_feev


Malam Kesenian Fakulti Perubatan 2009 menjadi kenyataan semalam (23 Mei 2009). Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa dan sukarelawan dan tidak lupa teman-teman yang sudi menyumbangkan wang (baca: akan dibayar balik - sedang diusahakan), kerana tanpa anda semua tidak mungkin program ini akan berjaya. Buat JK, usaha dan tungkus-lumus kalian semua tidak mungkin saya balas. Saya doakan agar Tuhan memudahkan segala apa yang sulit buat kalian semua di masa depan dan sentiasa dilindungi dan diberkati-Nya. Buat teman-teman yang 'meminjamkan' wang untuk program ini, insyallah seawal-awalnya Selasa atau Rabu wang itu akan dapat dipulangkan - sama-samalah kita berdoa. Hakikatnya saya terharu kerana teman-teman yang saya faham (sesetengahnya) berada dalam keadaan kekontangan dana, masih sanggup berkorban dan menyumbang kepada usaha ini. Saya akui saya sendiri berasa malu dan hina kerana terpaksa mengambil langkah ini, namun kerana keadaan memaksa dan demi menjaga air muka Fakulti yang kita cintai, saya dan JK mengambil keputusan untuk 'mengemis' kepada rakan-rakan. Maafkan kami.

Saya dan JK berharap teman-teman semua terhibur pada malam tadi dan sekali lagi setinggi penghargaan saya kepada seluruh JK Program yang telah bertungkus lumus tanpa berkira mahupun mengungkit. Simpanlah kenangan ini sebagai satu pengalaman yang berharga dan bermakna kepada kita semua. 

"Saat dugaan dan cabaran itu tiba, baru kita kenal siapa dia yang akan berjerit payah bersama diri kita, dan siapa pula yang akan menomah dan menyisih meninggalkan kita terkapai dilanda badai"

Terima Kasih dan sepuluh jari saya susun memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki... 


NFC & UiTM Masuk Kampung  

Posted by: Pak Engku

Sori la guys, aku terjumpe menda ni dalam majalah NFC Jan 2008 baru ni kat Spital Sg Buloh. so aku nak share dgn korang la... Klik pada gambar untuk besorkan...

Horrayyy!!!

terkebil-kebil akma, mata masuk tepung kot...

yuni dgn tarian poco-poco

raihan in the picture

Seloka Untuk Afif  

Posted by: Pak Engku

klik pada gambar untuk besarkan

Rupenye ini keje afif... hehe, jangan marah...

Rombongan Kenduri Kahwin  

Posted by: Pak Engku

Bersempena dengan majlis perkahwinan 4 teman seperjuangan dalam pengajian kami, 1 gerakan telah di atur untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan teman-teman.

Senarai Ahli Rombongan dari Selayang

  1. Nuai (Ketua Rombongan)
  2. Encik Abd Jalil
  3. Yuni
  4. Faizan
  5. Naim
  6. Azam
  7. Annie
  8. Alin
  9. Izzad
  10. Abby
  11. Nana
  12. Che' Ah
  13. Atul
  14. Ridz
  15. Saleha
  16. Arifah
  17. Zairu
  18. Hisham
  19. Awi 'Sleeping Beauty'
  20. Iki
  21. Hasler
  22. Po' Bear
  23. Usop
  24. Wizni
  25. Syazana
  26. Syukri
  27. Ruhaida
  28. Miya
  29. Dinie
  30. Akma
  31. Nani
*Afif, Mar & Nasrun menyertai rombongan ini di Kulim. Amir pula tidak dapat menyertai kerana terlepas bas dari rumahnya.

Kami semua yang menaiki 9 buah kereta memulakan perjalanan dengan bacaan doa oleh Cik Usop pada 7.40 am walaupun sedikit terlewat dari rancangan asal. Lebih kurang 2 jam kemudian kami berhenti rehat sebentar di Tapah. Keadaan agak sesak dengan ramai orang. mungkin cuti panjang selama 3 hari ramai yang balik kampung atau melancong. dari tapah kami menyambung perjalanan & sekali lagi berhenti solat jumaat di masjid jamek seberang jaya. di kala solat jumaat itu kaum wanita dalam rombongan kami mencuri sedikit masa untuk ber'shopping' & menjamu selera dengan laksa, kebab & lain-lain makanan lagi. selesai solat jumaat kami menyambung perjalanan ke Kolej Mara Kulim (KMK). Banyak peristiwa lucu berlaku seperti Hasler (bekas 'Best Student' Kolej Mara Kulim) yang menjadi penunjuk arah kami tidak mengingati arah jalan. maka kami beberapa kali terpaksa membuat pusingan-u secara beramai-ramai kerna tersesat.

Kesian bapak nuai terpaksa melayan kerenah gila penumpang

Pada pukul 3 pm Alhamdullillah kami semua selamat tiba di KMK. Dek kepenatan memandu jauh, masing-masing mengambil kesempatan berehat sebentar bersama kit-kat. Pada waktu asar, kami semua bertolak ke masjid untuk solat asar & akad nikah Dr Kak Mah.

bersama tok kadi yang 'cool'

upacara membatalkan air sembahyang

korang tengok sendiri la...

wajah-wajah tumpang gembira

Majlis penyampaian sijil...

saper yang kahwin ni? konfius kawe...

Lebih kurang pukul 6 pm kami bertolak ke rumah kak mah untuk menjamu selera. masing-masing lapar kerna hanya makan di tapah sebagai alas perut.

Pada sebelah malam nya pula, kami ke rumah nasrun untuk makan malam di rumah nya.
semua yang hadir amat terkejut kerna tidak diberitahu sebenarnya berlangsung juga tahlil & kenduri doa selamat. kaum lelaki semua malu kerana pakaian tidak mengikut tema seperti awi yang memakai t-shirt ketat. kaum wanita agak selamat kerana memakai baju kurung. ini semua salah nasrun tak bagitau awal-awal. di rumah nasrun masing-masing makan dengan banyaknya kerana santapan yang begitu lazat. teh-o & kuih yang disediakan pun begitu hebat sehinggakan ada yang segan untuk pulang.

pada pukul 10 pm kami semua beransur pulang ke KMK untuk berehat. namun tidak semua yang mahu pulang. 5 jejaka berani iaitu azam, hasler, naim, afif & awi telah keluar untuk menikmati Char Keow Teow yang diceritakan oleh azam & hasler sebagai sangat sedap. rupanya memang benar Char Keow Teow kulim sangat sedap. ini terbukti dengan hasler & afif yang diam tekun semasa makan.

ada udang di sebalik char keow teow

'mastermind' menjamu selera

hasler nak lagi char keow teow tu...

po' bear sempat gayut melepaskan rindu dendam

Pada keesokan pagi pukul 9 am kami semua bertolak ke rumah nasrun untuk menjamu selera dengan nasi lemak & teh o yang sedap itu. masing-masing menambah nasi. lebih kurang sejam kemudian, kami semua bertolak ke Parit Buntar untuk kenduri Dr Raihan & Dr Faiz Zul. Namun agak malang dalam perjalanan hasler terlibat dalam kemalangan kecil dengan seekor kancil. sedikit kemik jugalah kereta savvy kesayangan hasler, menambah parut teruna di kereta nya.
Namun Alhamdullillah perjalanan kami tidak banyak terjejas.

selepas kemalangan

Saleha yang menjadi GPS kami semua nyata tak boleh diharap kerana membawa kami ke jalan yang tak benar. Mati-mati kami ingatkan Dr Raihan melangsungkan perkahwinan di kawasan kilang. Nasib baik ada pakcik yang baik hati sudi menunjukkan jalan ke jalan yang benar walaupun izzad sudah menawarkan khidmat GPS nya.

izzad ada GPS canggih. ini GPS kitorang, pakcik kilang mana entah tunjuk jalan

ini pasar malam ke kenduri kahwin? macam 'best' la pulak, saleha dah berpeluh tu

cepatla yuni, kitorang nak masuk '3rd round' dah ni

sempat bergambar sebelum pengantin sampai

rombongan che' kiah. che' kiah nya yang baju merah di depan tu

nuai (berpakaian hijau) & Dr Raihan (pakaian pengantin)

mana la pengantin laki tak sampai-sampai lagi, cair mekap camni

faiz tak sampai lagi, biar aku ganti dia

semoga berbahagia selalu

Lebih kurang jam 1 pm kami bertolak dari Parit Buntar ke rumah Dr Hidayah pula kami terpecah kepada 2 pasukan, 1 pasukan lebuhraya diketuai nuai dan pasukan jalan kampung diketuai saleha. pasukan jalan kampung nyata lebih selesa walaupun perjalanan agak perlahan namun boleh menikmati pemandangan sawah padi hijau yang indah di samping menjimatkan kos tol.

jam 3.30 aku & syazana tiba di rumah Dr Hidayah selaku peserta paling lewat, nasib baik ini bukan perlumbaan, kalau tak dah terkeluar agaknya. tiba di sana, keadaan agak lengang dengan ramai tetamu jemputan sudah pulang memandangkan sudah agak lewat. yang kelihatan hanyalah pasangan pengantin & rakan-rakan yang sudah lama tiba. jam 4.30 pm kami semua bertolak pulang ke Selayang. Alhamdullilah perjalanan agak lancar walaupun hujan lebat di pertengahan jalan. tepat jam 8 pm aku tiba di kolej.

tageoishi? amender tuh?

Agak sayu di hati ku, kerana sudah tamat sudah perjalanan yang indah ini dalam dairi hidupku ini. dalam perjalanan kami, macam-macam peristiwa lucu & menggelikan hati berlaku. tidak akan aku lupakan memori indah ini bersama rakan-rakan tercinta. harap ini bukan kali terakhir aku bertemu kalian kerana akan tetap aku ingat kalian di hati ku.


akma nak mengambil berkat dengan memeluk pengantin

banyaknya hadian kahwin...

Gambar-gambar di bawah menunjuk 2 gadis sunti... comei nya.... anak sapa la ni...





ala manjanya...

beramai-ramai dengan pasangan pengantin

Kepada semua pasangan pengantin yang telah, akan & merancang untuk berkahwin: SEMOGA BERBAHAGIA KE AKHIR HAYAT!

See you again my friends!


berita baik buat doktor yang bakal berkhidmat..  

Posted by: Nhan3

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;

"Orang yang menziarahai orang sakit sentiasa berpeluang memungut ganjaran dari syurga sehinggalah ia pulang."

hadis riwayat Muslim..

Selsema Babi (H1N1)  

Posted by: r_feev in , , , ,



Gambar - Virus H1N1, dibawah pemeriksaan mikroskopik


Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (baca : semalam), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir and zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi. Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada autoriti kesihatan terdekat jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

Diharap teman-teman pembaca berhati-hati dengan wabak terbaru ini dan dapatkan konsultasi kesihatan segera andai dikhuatiri telah terjangkit dengan virus ini.




Gambar - Keadaan di dalam wad influenza ketika pandemik 1918 yang disebabkan oleh H1N1 dimana meragut hampir 20 ke 100 juta nyawa manusia di seluruh dunia ketika itu.




Doktor yang Bagaimana?  

Posted by: r_feev

Gambar - Gambaran pelukis mengenai Hippocrates yang menolak tawaran emas dan harta dari Artaxerxes, Raja Parsi untuk merawat bala tenteranya, yang kebetulan merupakan musuh kepada empayar Yunani.



Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Tahniah buat teman-teman yang telah lulus dengan jayanya pada Peperiksan Pro 3 yang lepas. Lima tahun bersama, di kala suka dan duka, ternyata teman-teman telah meninggalkan satu memori yang cukup mendalam dalam jiwa ini. Pengalaman dan tunjuk ajar teman-teman selama lima tahun nyata telah mematangkan diri aku yang kerdil ini untuk lebih mengenali erti kehidupan.

Dalam lima tahun itu juga, begitu ramai individu kita ketemu dalam membentuk diri kita menjadi seorang doktor perubatan. Professor, Professor Madya, Pakar Perunding, Doktor Pakar, Doktor, Jururawat, dan juga ramai lagi yang nyata telah mencorak pandangan kita dalam menjadi seorang doktor perubatan. Baik pada pesakit, mesra pesakit, rajin, menepati masa, menghormati senior dan macam-macam lagi pesanan yang dirasakan perlu dalam membentuk diri seorang doktor.

Nyata dalam banyak-banyak pesanan itu, aku (hanya aku) percaya pada satu prinsip - Jangan Hipokrit - Hipokrit pada diri sendiri, teman sekerja mahupun pesakit. Kejujuran dan tahu apa pendirian diri lebih penting dalam menentukan sifat dan sikap kita sebagai seorang doktor. Tidak guna kita kepuraan dalam memuaskan hati pihak lain kerana kita ini pastinya lahir untuk diri kita sendiri, hidup untuk diri kita sendiri dan mati juga kelak untuk diri kita sendiri. Berkorban dan berserah biar ada hadnya kerana kita ini dicipta Tuhan sebagai makhluk yang bebas dan bermaruah.

Selamat Maju Jaya buat teman-teman semua dan saya doakan agar segala yang dicita-citakan bakal tercapai.

Melayu  

Posted by: Pak Engku

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang
26 NOVEMBER 1999

Video Yg Menyedihkan kawan2!!!  

Posted by: awie ahmad



Ini adalah hasil kerja hazim! So terima kasih.. aku sbg pengupload jerrr ni..
Anyways, mmg sgt menyentuh hati..
tp aku sntiasa mantap!

Pesanan daripada Prof Rokiah to us  

Posted by: miRa rEi

This was sent via message on 3/4/09...(^_^)

"A big CONGRATS to all new doctors.
My salam and all the best wishes to all graduands.
Now you can put into practice all you have learned
with integrity, dedication and humility.
Ready to serve society"

At Last..... The Success is in our Hand  

Posted by: Pak Engku

Alhamdullilah.... setelah penat berusaha dgn penat lelah selama 5 tahun... akhirnya, pada hari ini, Jumaat 3 April 2009 sekali lagi menjadi tarikh keramat buat Malaysia (di samping Najib jadi PM ke 6) apabila seramai 58 orang pelajar ahirnya menjadi doktor yang akan memartabatkan nama UiTM & Malaysia.

Debaran menunggu Datuk Khalid Yusof mengumumkan nama masing-masing akhirnya disertai dengan kegembiraan apabila mengetahui masing2 lulus...

Buat 4 rakan yang terpilih ke Viva Distinction iaitu Hazim, Hairuddin, Abriza & Faiz Nordin, tahniah di atas kejayaan anda dan kami berbangga atas kejayaan anda semua.

Buat rakan2 yg lain juga, tahniah atas kejayaan anda & terima kasih kerana byk membantu dalam kejayaan kita pada hari ini. semoga kejayaan ini akan mendorong kita untuk lebih berjaya di masa akan datang.

Selama 5 Tahun berusaha dgn bersungguh sungguh,di samping palpitation yg amat, nausea & vomiting yg excessive.... akhirnya kejayaan di tangan kita semua...

Buat para junior yang akan datang, berusahalah bersungguh2 sehingga mencapai kejayaan...



Di UiTM Jalan Othman Pada tahun 1



Di Foyer Menara S&T di tahun 2



Pelajar lelaki di diner FOM tahun 2



Pelajar perempuan di diner FOM tahun 2



Bergambar di hadapan lobi Hospital Selayang pada 3 April 2009



To all My Frens..... thank you so much...

don't say good bye, just say see you again...

Housemen lack basic know-how  

Posted by: Pak Engku




NST Online » Frontpage
2009/01/31

KUALA LUMPUR: Some medical universities, both local and overseas, are churning out doctors who cannot carry out common medical procedures, have no proper clinical exposure, cannot communicate effectively and cannot even take down the history of patients properly for diagnosis and treatment.
Senior medical consultants in government hospitals are now saddled with the task of having to retrain these people to ensure they meet the country's standard of medical practice.

Some of these fresh doctors are retained in their houseman training postings for years, some even up to six years, because they cannot meet the standards. The compulsory housemanship is two years.

In view of this problem, the Malaysian Medical Council has issued letters to all heads of department in government hospitals where housemen are posted to open a file on each of them, containing information on the university they graduated from, their performance and shortcomings.

It is learnt that by the end of the year, the MMC and Health Ministry will nail down the sub-standard medical universities and tell them to buck up.
Kuala Lumpur Hospital's Medical Department head, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai, said housemen come from 300 medical colleges all over the world. These colleges churn out 1,200 doctors a year and this number is expected to increase to almost 2,000 next year.

"When they come back to work in Malaysia we have been forced to extend the period of housemanship from one year to two years in order to ensure the standard of medical practice is maintained in this country for the safety of our patients," he told the New Straits Times.

Dr Jeyaindran handles about 140 housemen a year and he noticed that some 15 per cent of them do not have enough experience to take down the medical history of patients.

"When they are taught to take the history properly and put the findings and various symptoms in a sequential order they can come to a proper diagnosis very rapidly," he said.

However, he added, this was seriously lacking in many new doctors because they have not been trained during their years in clinical exposure. Thus, during their housemanship training programme they needed to be retrained to do this properly.

"Because they have to be retrained, some of their postings are extended," he said.

Dr Jeyaindran has come up with a syllabus where a house officer must have core knowledge and experience before he leaves for his next posting.

"A houseman who comes in for training should be able to manage hypertension, asthma, diabetes and common medical emergencies appropriately based on current clinical practice guidelines, besides acquiring adequate generic skills," he added.

He said some were never taught this properly during their years in medical school and hence they were taught and assessed in a fair and objective manner during their training.

"We want doctors to examine patients properly and not take notes from the nurses' chart.

"We also do not want doctors to be over-dependent on investigative procedures which is time-consuming and expensive.

"One loses the ability to use clinical acumen to make judgment when he becomes too dependent on procedures for a result and diagnosis," said Dr Jeyaindran.

He also expressed great concern that some house officers were not able to perform even the most common procedures such as setting up an intravenous line, central line, and inserting a chest tube.

There have been complaints from patients that there were housemen who cannot even draw blood for a blood test and had to seek the help of nurses.

"Miscommunication with patients can also lead to a lot of problem and this we have encountered with housemen," he said.

"To be a good doctor it is not how much knowledge you have... it is clinical acumen and the skills developed in treating a patient.

"Medicine is not black and white but lots of grey in between and in order to identify the grey areas the only way is the more you see, the more you do, the more you understand," he added.

Dr Jeyaindran said housemen have become something like a production line.

"They come, they take some history of patients and go away.

"They never come back to check whether their diagnosis of the patient was correct or wrong," he added.

Buat kita yang bakal meninggalkan alam Universiti  

Posted by: r_feev in , ,

Tulisan ini bukanlah tulisan asal saya namun saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan teman-teman.


By Sayyid Abul Ala Maududi (1903-1979)

"‘Dear students! You have spent many years of your life at this institution to acquire education. You have eagerly been waiting for the day when you will reap the harvest of your labour in the form of a degree. I am aware of your emotions on this occasion, and that is why it pains me to express my thoughts so bluntly.

Frankly speaking, I consider this Alma Mater, in fact all Alma Maters of this kind, slaughter houses rather than educational institutions. The degrees to be awarded are in fact death certificates, issued when the murderer is satisfied that he has accomplished his task; fortunate are those who escape from this organised butchery with still some spark of life.

I have not come here to congratulate you on receiving these death certificates. I am, rather, overwhelmed with grief to see you in such a miserable plight. I am like someone seeking a person who might still be alive among a mass of corpses.’"



Terjemahan

"'Wahai Pelajar! Kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat dimana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.


Walau bagaimanapun aku perlu berlaku jujur, bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini, malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tempat pendidikan. Ijazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian, diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya menyempurnakan penyembelihannya; alangkah bertuahnya kepada mereka yang telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sedikit cahaya kehidupan.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut. Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk. Aku seperti sesorang yang sedang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat disini."


Syarah

Mungkin, tidak ramai orang kita yang mengenali sosok pejuang Islam dari Pakistan ini. Sejarah telah mengukir betapa sosok ini berupaya berdiri sama tinggi dengan Imam Hassan Al Bana dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai Sistem Kehidupan di tanah air masing-masing.

Sayyid Abul Ala Maududi merupakan seorang pejuang, intelektual dan da'ie yang cukup disegani dalam abad ke-20. Namanya senantiasa meniti dibibir para pejuang Islam yang dahagakan tiupan semboyan daripada pemimpin sepertinya.

Beliau merupakan pengasas kepada Jamaat-e-Islami di Pakistan, sebuah gerakan Islam yang sama hebatnya dengan Ikhanul Muslimin dibawah Imam Hassan Al Bana.

Ungkapan yang tajam dan tersirat di atas merupakan salah satu ekspresi diri beliau terhadap realiti sistem pendidikan yang telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan semenjak zaman kolonial hinggalah ke hari ini.

Kenapa begitu teruk sekali pandangan beliau terhadap universiti? Adakah pengorbanan mahasiswa tidak bererti dalam menimba ilmu? Persoalan ini akan terjawab jikalau kita bersikap kritikal dalam menilai sejarah dan impak yang tersirat didalam masyarakat.

Memang benar. Universiti telah menjadi pusat penyembelihan kepada anak-anak muda yang suci pemikirannya. Disinilah mereka dikelar mindanya, dipatahkan tulang kesedarannya dan digantung maruah mereka selaku pengubah masyarakat.

Para penyembelih yang terdiri daripada golongan aristokrat pendidikan telah mengupah manusia-manusia yang kelu untuk menyiat potensi minda perjuangan anak-anak muda ini. Diasingkan daripada realiti dan diangkat menjadi fantasi.

Itulah keadaan sebenar pada hari ini. Golongan mahasiswa sudah dicincang dengan lumat sehingga tidak dapat dikenali lagi sebagai seorang 'insan' yang berguna pada rakyatnya. Terkurung daripada cahaya kebenaran, mahasiswa akhirnya dibutakan dengan lambakkan makanan berupa sampah untuk dibuntalkan perut minda mereka agar tidak ada apa lagi yang perlu dipersoalkan.





Akhirnya, kegemukkan minda menghasilkan sifat kemalasan dan kepekaan kepada sekeliling menjadi pudar. Buta hati mula melingkar menusuk kalbu. Itulah mahasiswa. Hanyalah haiwan sembelihan buat golongan kapitalis yang menyedut darah merah yang segar daripada otak beku mereka.


Selagi mana golongan mahasiswa terpisah dengan realiti masyarakat, kehidupan yang sempit didalam kampus hanya mampu menjadikan mereka daging pejal buat golongan kapitalis yang saban hari menyediakan hidangan daging mentah buat umat manusia. Mungkin, inilah yang ingin cuba disampaikan oleh Pejuang Islam ini. Pendidikan warisan penjajah yang membunuh.

sayonara...  

Posted by: aku_abhandlung

selamat tinggal la kat apartment sri selayng... mmg best aaa kat sini, syng nak tinggalkan plak, esp katil ngan tilam kat sini, mmg unforgettable. anyway, life must move forward... hope new place will b tilam yg lebih tebal, bilik yg lebih sejuk, yang kondusif untuk berhibernasi...

Happy Chinese New Year  

Posted by: Pak Engku


Although in our faculty there is no non-bumis @ chinese, but still many of them are chinese inside their heart coz during this festive season many of us going back to hometown for 'makan besar'.

anyway, i just want to wish u all, especially kak annie since she always celebrate it,

HaPpY ChiNeSe New YeaR & aLL tHe BeSt!

Ulat, Lipas, Tikus & Lalat  

Posted by: Pak Engku

few days ago, activities of new discoveries of food place which was super added with either maggots, cocroaches had been found. now i want to share a few of these places which had been found by me & others so that we can avoid these places.
aku x nak citer lebih lanjut la mcm mana benda ni bole terjumpa, lgpun can patient confenditiality (susah tol nak eja). anywei, this is the list of food places yg mmg has a 'good' record.

1.bisrul (ada yg jumpa ulat, lipas)
2.mama (lipas)
3.pak tam (ulat)
4.pizza hut selayang (lipas)
5.medan selera dekat2 taman ehsan (ulat)
6.kedai nani kat sg buloh, sebelah kelapa gelas besar (ulat)
7.kafe dalam hospital selayang yg lama, skarang dah tukar management (ulat)
8.kedai mamak kat shell blakang capitol (lipas)

tak sangka dlm byk2 kedai makan yg kita (medical stud) ni pg, byk yg tercemar. penat jer wat rural & urban health. agaknyer diorang ingat makin sedap kot.

my coclusion? kedai makan kat slayang & sg buloh ni kotor. even pizza hut & kafe spital pun x slamat.... pasni nak makan mane la.... nak makan KFC & McD, kene boikot... makan megi jer la masak kat umah...

klau ada list2 kedai makan yg tercemar, sila la bgtau, bole kite kongsi bersama supaya xder yg terkena lg pasni...

this is for u ; syamira aida a.k.a meow2  

Posted by: e_cahaya


i made up my mind 2 forget bout the past and just blow it away...
i know..
i understand...life will be very difficult to continue if i keep on thinkin' bout those bad memories..:(

like u said..
i still have the chance..
cayoXXXX...!!!!!!

thanks again mia..(though Dato' loves u the most, dat doesn't matter..hehhehe)

i wish : health, prosperity, luv, peace and a better life coming with this 2009th year.

byebye..

Beringat semasa dilimpahi pujian  

Posted by: Pak Engku

sanjungan yang keterlaluan tidak banyak memberi faedah dalam erti kata sebenar, pada diri sendiri, keluarga, masyarakat selain daripada menebal rasa riak, menunjuk-nunjuk, merasa diri lebih daripada orang lain.

Dari sinilah lahirnya individu yang bertunang atau berkahwin memberi hantaran secara besar-besaran, ditulis dalam akhbar sebanyak RM40 ribu, RM10 ribu atau lebih daripada itu ada juga si lelaki memberi sebuah kereta. Berita seumpama ini mendapat tempat di muka depan akhbar atau di ruang-ruang yang banyak peminat membacanya.

Islam itu mudah dan praktikal. Amalan seumpama ini bukan daripada ajaran Islam. Dalam Islam, perkahwinan mesti mengandungi seorang lelaki, sighah iaitu ijab dan kabul, seorang wali atau wali hakim, dua saksi dan mahar.

Pengaruh Hindu

Namun demikian, akibat daripada pengaruh Hindu yang didatangkan dari Benua India, perkahwinan Melayu menjadi complicated seperti yang berlaku sekarang. Setelah Islam datang, disusuli dengan kedatangan British atau Barat, orang Melayu mula mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel, adakalanya mirip kepada upacara Barat dengan gaun menyapu lantai, potong kek, tarian dan sebagainya.

Keadaan ini terus menerus berlaku hingga sekarang. Tidak banyak dipersoalkan upacara-upacara seumpama ini, sama ada teguran daripada jabatan-jabatan agama, orang-orang politik atau lain-lain. Sesungguhnya sifat riak atau menunjuk-nunjuk itu termasuk dalam amalan “syirik asghar” (syirik kecil) yang sepatutnya dielakkan.

Yang penting ialah ilmu yang berkaitan dengan hidup rumah tangga yang wajib dipelajari, difahami dan dihayati, semoga dengan hidup berumahtangga itu aman damai dan mendapat keredaan Allah buat selama-lamanya.

Bertunang adalah tempoh di mana setiap pasangan atau keluarga perlu memerhati, meneliti pasangan yang lain. Tentang latar belakang keluarga, ketakwaannya kepada Allah dan lain-lain keperluan sebagai insan. Akibat daripada membelakangkan ilmu pengetahuan yang berkaitan rumah tangga, perkahwinan yang dilakukan secara besaran, diuar-uarkan di seluruh negara akhirnya berkesudahan dengan masalah. Lagi sekali kes-kes berkenaan diheboh di dada-dada akhbar.

Kalau dulu muka utama akhbar menyiarkan berita pertunangan, jumlah hantaran, persandingan, adat menyarung cincin di jari manis atau istiadat membatalkan air sembahyang, kali ini akhbar yang sama membongkar rahsia talak yang dijatuhkan di hadapan hakim kadi. Lagi sekali akhbar seumpama ini tidak mengandungi berita-berita yang bersifat akademi atau mendapat ilmu daripada pembacaan yang dipaparkan.

hakikatnya apa yang dipaparkan dalam majalah atau akhbar seperti dijelaskan bukan perlakuan hidup sebenar masyarakat Malaysia. Masih banyak penduduk Malaysia yang kain pagi makan pagi, kais petang makan petang. TV3 selalu menyiarkan kehidupan yang menderita, hidup sebatang kara ditinggalkan suami, kerja sebagai buruh kasar, menyara hidup dua, tiga orang anak yang kesemuanya cacat. Anak kecil yang masih sekolah menengah berhenti membantu emaknya untuk menyara hidup keluarga atau adik beradik yang malang.

Petikan Dari Seksyen Soal Jawab Bersama Dr. Amran Kasimin, Mingguan Malaysia 4 Januari 2009.

At current state, there is a lot of so called Wedding of The Year by these glamourous people. At the same time others suffer...

For more info can go to this site:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

My EOP with Prof Amin  

Posted by: miRa rEi

This blog is so quiet nowadays..Let me cheer it up a bit with my experience during the last medical EOP with Prof Amin, k.

When I knew that my examiner is Prof Amin before the EOP started that morning, I could feel the rush of blood to my head.. stimulating my sympathetic system to release adrenaline. I was so nervous. But, during that tachycardic and tachypneic state, Aida said to me..."Takpe miya, takde ape2.." and almost immediately i remembered what Hadhanah said to me few months ago, that the one who controls everything including Prof Amin mood this morning is Allah swt..I took a deep breath and gained a lot of strength. Hisham brought me bad news when he finished the EOP which was the time Prof Amin allocated for PE is 5 minutes (i practiced with Dr Tengku in bedside for 8 minutes). Another 5 minutes for presentation and discussion..Means i need to speed up.
So, as Ekin leave with tears on her face as the second candidate, i entered as third candidate. As i entered, i could see how 'tercacak' Prof Amin's hair was. Omg. But Aida's and Hadhanah' s words were still in my heart, thus I greeted him good morning and tried to smile. He asked for my name and asked me a killer first ever question.. "So, you think you can do this well?" Omg. Spontaneously i answered.." I will try my best, Prof..."

So the examination started with the cardiac case as the first case. The command was " Do the general examination and proceed with pericordium examination"..After a very complicated PE, finally the diagnosis was > AS, MR, AF in failure with CCF and background of CABG.
The important points that i learned in that particular case were..

1) "The eyes cannot see what the brain does not know"..This is Prof Amin's quote dedicated to me. Hehe.

2)In patient who has sternotomy scar, always..i repeat..always look for scar at the lower limb (the scar of great saphenous vein conduit for CABG). Other conduit that can be use for CABG are internal thoracic artery and radial artery.

3) Treat patients as a whole.

4) Know how to manage patient with multiple diagnoses, dont forget the Frusemide dosage!

The second case was abdominal case. The command was "Examine the general examination and proceed with appropriate system"..The patient was cachexic, has pallor, hyperkeratotic lesions at the antecubital fossa, ascites (on inspection) and onicholysis. So i proceed with abdominal examination to find that he actually have fluid thrill, dull traube space and a vague mass at the umbilical region. The differentials of anemia was discussed. But the most unforgetable question was "What is the stain and culture media for fungal?" when we were discussing about the probable causes of onycholysis. Omg. I am so 'tak ingat' the year two stuff!!! What i learned from this case were:

1) always examine the throat and tonsils when you examine the mouth..and please use tongue depresser so that he'll be happy.

2) be gentle on distended abdomen.

3) treat patient as a whole (once again)

After both cases finished, i asked Prof Amin on how can i improve, so he advised:

1) treat patient as a whole (again!)

2) be spontaneous in answering question

3) speed up in PE so that you have time for discussion

4) dont look like you're thinking what will you do next during PE, it should be like a reflex to u.

5) finally, u need to work a lot more for finals..

So, friends, i think with this i concluded that i have not achieving his target for finals, not even a little. But one thing that is certain that is...It is Allah swt who will determines it all. Our job is to do our best, doa and tawakal. ALL THE BEST TO ALL, the finals is 78 days from today...