Lima hari tinggal dalam bulan Ramadhan tahun ini. Lima hari untuk kita berpuasa dan memperbanyakkan ibadah. Anak perantau di universiti dan sekolah berasrama penuh mula pulang ke kampung halaman bagi merayakan Eid Fitri. Janji Lailatul Qadar dengan ghairah dicari mereka yang mengimpikannya. Inflasi lebih 8.5%, harga tiket bas mahal, kos minyak dan harga barang keperluan yang tinggi membelenggu majoriti kita pada musim perayaaan ini. Waima, ia akan membantut sambutan kita tahun ini, aku harap tidak. Semangat Eid Fitri itu bukanlah pada aspek material perayaan itu, tetapi yang penting adalah semangat muhibbah dan maaf-memaafi itu lebih penting diraikan sebagai warga yang bebas dan matang. Moga perselisihan faham, keterlanjuran kata atau tabii yang menjengkelkan selama ini, aku dahului dengan ribuan maaf dan halalkan segala yang terlebih atau terkurang dalam selama kita berkenalan...
Salam Eid Fitri dan moga bergembira dalam limpahan kasih
sayang Allah dan keluarga hendaknya...-Afif Bahardin 26 Ramadhan 1429-
This entry was posted
on 10:42
and is filed under
Raya,
Ucapan
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.