RAMADHAN YANG MULIA  

Posted by: Faiz Nordin

Assalamualikum w.b.t dan selamat berpuasa kepada semua sahabat -sahabat seperjuangan ku...
sudah 23 hari kita berpuasa pada bulan Ramadhan yang penuh rahmat 
daripada ALLAH S.W.T dan berbaki 7 hari lagi kita akan meninggal kan RAMADHAN ,, marilah kita renung kan sejenak apa yang telah kita perolehi dalam bulan Ramadhan pada kali ini,,, bagaimana dgn puasa kita... adakah puasa kita diterima oleh yang maha berkuasa ,,, adakah ada peningkatan dalam amalan ibadah kita berbading pada tahun2 yang lepas   ....mungkin puasa kali ini adalah puasa yang terakhir buat kita 
semua .... mungkin pada thun akan datng kita sudah tidak bersama ,,, masing2 sibuk dgn tugasan sebagai Doctor ,,insyaallah....
sahabat - shabat sekalian
wajar lah kita sama- sama menghayati ramadhan kali ini degn penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt...

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." 

Dalam kesibukan kita ,,, dlam mempelajari perubatan marilah kita bersama-sama menadah tangan meminta kepada Ar-Rahman agar ilmu yang kita pelajaran diberkati olehNya.....agar Allah SWT mempermudah kan apa yang kita lalui sebagai bakal Pengamal perubatan.

Ya Allah, .. Ya Alllah ... Ya Rahman Ya Rahim
Berkatila ilmu Kami ,, Ampunilah Dosa Guru-guru kami
Berkatilah meraka ,,,, ya Allah ampunilah dosa -dosa kami , dosa kedua Ibu bapa kami, dosa guru-guru kami , dosa sahabat-sahabat kami....
ya Allah ,,, ya Allah
Dgn keberkatan bulan Ramadhan kami memohon kepada mu ,, agar engkau menerima taubat dan doa kami ya Allah...

Kepada sahabat -sahabat yang ku hormati...
perbetulkanlah niat kita ,,,,, mengapa kita belajar ilmu perubatan .....
kita bukanlah untuk mencari kemegahan ataupun kekayaan......
Malah  untuk mencari redha Allah

Ayuh ... rakan seagamaku ... belajar la bersungguh demi Memertabatkan Agamamu...




This entry was posted on 17:55 . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

2 comments

eh sorry la kawan- kawan ,aku punye nie x berapa kemas la.... biasala nie first time aku post

hehehehe. its okay paih.
Amin. Semoga dimakbulkan doa kita

Post a Comment